Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

[LAPORAN SURUHANJAYA]

Semasa Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Nazri Aziz mengumumkan keputusan siasatan Suruhanjaya Diraja yang mendapati Teoh Beng Hock mati kerana membunuh diri, beliau berkata mereka mendapati “perwatakan beliau yang lemah” telah menyebabkan beliau berbuat demikian.

NONE Kenyataan bertulis itu dibacakan oleh Nazri semasa sidang media, semalam. Namun semakan Malaysiakini mendapati “perwatakan beliau yang lemah” itu langsung tidak disebut dalam laporan setebal 124 muka surat berkenaan.

Menurut kenyataan bertulis yang dibacakan oleh Nazri berbunyi: “Hasil siasatan Suruhanjaya mendapati bahawa TBH bukan dibunuh tetapi beliau yang merasa terbeban and tertekan dengan sesi soal siasat yang agresif dan berlarutan, disokong dengan perwatakan beliau yang lemah telah menyebabkan beliau membunuh diri.”.

Apabila ditanya mengenai percanggahan antara kenyataannya dengan laporan suruhanjaya itu, Nazri menjelaskan kepada Malaysiakini bahawa kenyataan “perwatakan beliau yang lemah” itu adalah hasil rumusan sendiri daripada beberapa perenggan yang disediakan oleh pegawainya.

Katanya, mereka merujuk kepada perenggan 229 dan 233 dalam laporan itu.

Perenggan 229 berbunyi: “Apabila disoal-siasat yang keempat atau peringkat tearkhir selesai, TBH hampir-hampir menjadi orang yang kesihatan fizikal atau mentalnya dalam keadaan teruk. Apabila Ashraf mengambilkannya segelas air (diminta oleh TBH dengan cara yang tidak sopan) TBH dikatakan bergerak dengan amat perlahan apabila dia hendak menegakkan badannya.”

azlan Perenggan 233 pula “Setelah diseksa dengan keadaan ini, TBH mengalami perubahaan pada keadaan mindanya. Dan dalam beberapa jam, perubahaan ini mengubahnya daripada berada dalam keadaan berisiko rendah untuk membunuh diri kepada kumpulan berisiko tinggi...”

Nazri juga berkata rumusan juga adalah berdasarkan keterangan psikiatri forensik Paul Edward Mullen yang bagaimanapun tifdak dipetik dalam laporan itu.

Profesor dari Universi Monash, Australia itu dibawa oleh Majlis Peguam bagi membantu siasatan berkenaan.

[Baca berita penuh]

ADS