Most Read
Most Commented
Read more like this
mk-logo
News
Syarikat balak dakwa bayar RM320,000 kepada pemimpin Umno Pahang

Syarikat pembalakan, Seruan Gemilang Makmur (SGM) Sdn Bhd, telah membuat laporan polis kedua terhadap Menteri Besar Pahang, yang juga pengerusi Umno negeri itu, Datuk Seri Adnan Yaakob , yang didakwanya telah "melanggar undang-undang dan menipu" syarikat berkenaan.

SGM turut melampirkan beberapa resit pembayaran berjumlah RM320,000, yang didakwanya telah dibayar kepada dua orang kanan Adnan.

Laporan kedua itu dibuat oleh pengarah SGM, Lee Sin di ibu pejabat polis Kuala Lumpur minggu lalu, serta melampirkan dokumen-dokumen berkaitan untuk siasatan.


Please join the Malaysiakini WhatsApp Channel to get the latest news and views that matter.

Unlocking Article
Unlocking Article
ADS