Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita

Aktivis Sarawak,  Hii Tiong Huat, yang telah dimasukkan ke wad psikiatri Hospital Kuala Lumpur (HKL) oleh pihak polis Jumaat lalu, telah dibenarkan keluar petang ini.

NONE Hii (kanan) memberitahu Malaysiakini bahawa dia dibenarkan

keluar dari wad tersebut pada jam pada jam 2:45 petang, selepas isterinya tiba dari Sibu malam semalam untuk membawanya pulang.

Isterinya itu dibantu oleh peguam Yohendra Nadarajan untuk membolehkan Hii dibenarkan keluar dari hospital tersebut.

Bagaimanapun Hii berkata dia tidak berpuas hati dengan layanan yang diterimanya dan dia bercadang mengambil tindakan undang-undang terhadap pihak polis dan hospital.

Katanya, polis telah dihantar ke wad psikiatri tanpa kebenaran dan pengetahuannya.

NONE "Ini tidak bermoral, mereka telah menipu saya. Saya mahu pihak

polis membawa saya ke hospital untuk memeriksa kecederaan saya, tetapi mereka menghantar saya ke wad psikiatri."

Beliau juga tidak puas hati dengan HKL kerana merawat dia sebagai orang tidak siuman dan memasukkanya ke wad selama dua hari.

"Pihak hospital juga telah menyalahgunakan kuasa mereka. Doktor perlu menggunakan kemahiran profesional mereka untuk memastikan bahawa saya normal dan membenarkan saya pulang."

[Baca berita penuh]

ADS