Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Inkuiri Suhakam didakwa nafi ADUN DAP bersuara
Diterbitkan:  Jul 26, 2011 12:21 PM
Dikemaskini: 10:25 AM

Ketua Pembangkang DUN Johor Dr Boo Cheng Hau kecewa dengan keputusan pengerusi Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) Tan Sri Hasmy Agam yang didakwa menolak haknya memberikan penerangan di inkuiri awam terhadap hak tanah Orang Asal/Asli di negeri itu.

NONE Dr Boo - ADUN DAP Skudai - juga mendakwa walapun dijemput, Hasmy tidak membenarkannya bersuara semasa inkuiri berjalan kerana ia khas untuk Orang Asli sahaja dan "untuk mengelak menjadi forum politik".

"Saya menganggap ada tekanan politik atasan dari peringkat menteri yang mempengaruhi kebebasan Suhakam untuk mengumpulkan suara semua pihak termasuk parti politik terhadap penyelesaian masalah-masalah Orang Asal," katanya.

Suhakam mengadakan inkuiri itu bagi mengkaji punca sebenar masalah berkaitan hak tanah adat secara keseluruhannya dari pandangan hak asasi manusia, di banyak tempat di negeri Perak, Kelantan, Pahang, Johor dan Selangor.

Ia berlangsung dalam tempoh dua minggu bermua 15 Julai lalu dan di akhir inkuiri, Suhakam akan mengesyorkan penyelesaian yang bersesuaian terhadap masalah berkenaan.

Dalam program hari ini Dr Boo bagaimanapun menyerahkan dua memorandum berkaitan isu itu kepada Hasmy di Dewan Orang Ramai Parit Raja, Batu Pahat, Johor.

jahai orang asli 220807 woman and children Dalam satu kenyataannya, Dr Boo mencadangkan supaya Suhakam dinaik status kepada 'Ombudsman' yang diberikan kuasa penguatkuasaan setaraf makahmah tinggi.

"Di mana campur tangan menteri akan dianggap sebagai penghinaan kepada suruhanjaya/mahkamah serta dijatuhkan hukuman. Kebebasan Suhakam perlu dipertahankan.

"Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Tan Sri Hasmy Agam kerana sudi menerima memorandum dari pejabat ADUN Skudai and DAP Johor walaupun saya tidak dibenarkan memberi penerangan di pendengaran tersebut," katanya.

ADS