• http://media1.malaysiakini.com/387/a1fee4cd93f1cf014e0d9697f3301620.jpg
  • SPRM pamerkan bilik soal-siasat bawah tanah
  • Hafiz Yatim
  • 1311659858
  • Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini membuktikan keseriusan mereka melaksanakan cadangan yang dibuat oleh Suruhanjaya Siasatan Diraja dengan mempamerkan kepada media bilik soal-siasatnya yang baru yang terletak di bahagian bawah tanah di Putrajaya.

    NONETiga puluh enam bilik soal-siasat seumpama itu yang bernilai kira-kira antara RM140,000 dan RM160,000 setiap satu akan didirikan di seluruh negara bagi membuktikan ketelusan SPRM ketika mencatatakan rakaman daripada saksi dan mereka yang dituduh.

    Pengarah siasatan SPRM Datuk Mustafar Ali berkata sistem yang sama diguna-pakai oleh pihak berkuasa anti rasuah di Hong Kong.

    "Saksi atau tertuduh akan dibawa ke bilik soal-siasat, di mana kenyataan mereka akan dirakamkan.

    "Ia dilengkapi CCTV dan audio yang kemudiannya akan disalin dalam bentuk  cakera padat digital (DVD), kamera yang digunakan canggih serta dapat mendengar rakaman percakapan dengan jelas dan terang," kata Mustafar.

    Dengan langkah ini, beliau berharap reputasi SPRM sebagai badan pencegah rasuah dapat dipulihkan.

    "Sebenarnya, moral kami tetap tinggi di sebalik saranan RCI,” kata Mustafar ketika membawa wartawan melihat bilik soal-siasat yang bercorak seperti bunker di paras B1 ibu pejabatnya di Putrajaya.

    NONEKatanya, semua pejabat SPRM di seluruh negara akan dilengkapi Bilik Rakaman Bervideo (VIR) menjelang akhir tahun ini untuk merekod percakapan tertuduh, pihak yang disiasat atau saksi.

    Menurutnya, fasa pertama pembangunan VIR akan tertumpu kepada bangunan milik SPRM dan seterusnya ke bangunan guna sama, kuarters atau rumah kedai.

    Sehubungan itu, katanya semua pegawai SPRM perlu mahir mengendalikan VIR ini dan sehingga kini 56 pegawai SPRM sudah pun menjalani latihan sama ada yang dikendalikan SPRM mahupun latihan yang diberikan oleh pihak berkuasa Hong Kong yang berpengalaman menggunakan VIR.

    [Baca berita penuh]

    • Kematian Teoh: SPRM tidak serius, kata Lim
    • Bekas pegawai SPRM dipenjara enam bulan
    • JK eksekutif transformasi tingkat operasi SPRM
    • Kematian Teoh: SPRM lucutkan tugas tiga pegawai
    • K'jaan harus mohon maaf kata Majlis Peguam
    • Isteri mahu RCI siasat punca kematian Sarbaini
    • Koh: Laporan TBH perlu diteliti 3 j/kuasa bebas
    • S'jaya cadang baiki sistem perlindungan saksi SPRM
    • Tindakan terhadap pegawai SPRM langgar prosedur
    • SPRM teliti laporan s'jaya dan ambil tindakan
    • Isteri Sarbaini syak ada unsur jenayah
    • 'Saya dipukul ketika dalam tahanan SPRM'
    • SPRM digesa siasat dakwaan Rosmah beli cincin RM24j
    • Ahmad Sarbaini tertekan ketika di pejabat SPRM
    • Saksi: 'Sarbaini mengaku terima rasuah'
    • Rakaman CCTV di SPRM KL 'diganggu'