Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Sebaik sahaja timbalan presiden PSM M Sarasvathy dibebaskan daripada tahanan di bawah Ordinan Darurat, dia teramat gembira sekali kerana dia tahu dia mungkin boleh mati akibat serangan jantung sewaktu dalam tahanan selama 28 hari.

psm eo6 release pc 290711 sarasvathy "Saya diserang sakit teruk di dada kiri saya yang saya syaki adalah serangan sakit jantung. Saya fikir saya akan mati ketika itu," katanya.

"Kesakitan yang teruk sehingga saya tidak boleh bernafas. Ini

adalah pengalaman pertama saya seperti itu," katanya tersenyum pahit apabila ditemuramah oleh Malaysiakini beberapa jam selepas pembebasannya.

Sarasbathy mempunyai alasan untuk merasa takut sedemikian, ekoran rekod serangan jantung dalam keluarganya.

"Ibu saya dan kedua-dua adik saya mengalami serangan sakit jantung. Saya merasa teramat sakit di dada ketika di dalam lokap," dakwa Sarasvathy, 58.

Bilik kurungan 'berhantu'

psm eo6 release 290711 group photo Sarasvathy berkata, dia mengadu sakit dada dan dihantar ke Hospital Besar Kuala Lumpul sebanyak dua kali -  pada 15 Julai dan hari berikutnya.

Sarasvathy juga berkata, kali pertama mengadu sakit dada, dia dihantar ke hospital untuk rawatan perubatan.

Dalam perjalanan pulang, katanya, seorang pegawai memberitahunya yang bilik kurungannya 'berhantu'.

"Ianya antara pukul 1 pagi hingga 2 pagi. Pegawai itu kata ada hantu lelaki yang suka melawat tahanan wanita," katanya.

[Baca berita penuh]

ADS