Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita

PAS menetapkan Isnin dan Selasa minggu depan bagi mendapatkan penjelasan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) dan Gereja Methodist Damansara Utama (DUMC) berhubung serbuan kontroversi Jumaat lalu.

NONE Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali ( kanan ) berkata, pertemuan dengan JAIS dicadangkan pada 15 Ogos (Isnin) dan DUMC pula pada 16 Ogos (Selasa).

"Saya sudah hantar faks, termasuk pos lagi kepada mereka hari ini. Kita minta tarikh itu untuk membuat kunjungan.

"Terpulanglah kepada mereka untuk menetapkan waktunya," kata Mustafa.

Kelmarin Presiden PAS Datuk Abdul Hadi Awang mengumumkan hasrat itu untuk mengetahui sendiri apa yang berlaku sewaktu serbuan di majlis makan malam untuk mengutip dana itu sebelum membuat sebarang kesimpulan.

Pada hari yang sama, PAS memanggil anggota jawatankuasanya Dr Hasan Ali - yang juga exco agama Selangor - bagi mendengar versinya mengenai kejadian itu.

Ketika dihubungi Malaysiakini hari ini, Mustafa berkata, PAS akan diwakili beberapa pemimpin utamanya dalam pertemuan tertutup itu.

Pertemuan tertutup

Ia bagaimanapun belum ditentukan pada masa ini. Bagaimanapun, kemungkinan besar beliau sendiri dan Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu akan hadir dalam pertemuan itu.

Mustafa juga berkata, pihaknya belum merancang mengadakan sebarang sidang media selepas pertemuan tersebut, sebaliknya bergantung kepada keadaan hari itu.

NONE "Biasalah, kalau ada wartawan datang dan tanya, mungkin ada," katanya berseloroh.

Sementara itu, dalam perkembangan berkaitan, Pemuda PAS juga dijadual mengadakan pertemuan dengan JAIS hari ini berhubung isu yang sama.

Menurut ketuanya Nasrudin Hassan, dewan itu mahu meneliti perkara itu dengan lebih dekat biarkan JAIS didakwa pernah memburunya atas "kesalahan membaca kitab" di sebuah surau di Damansara.

"Justeru itu, saya perlu adil dalam menilai institusi atau jabatan-jabatan kerajaan.

"Ada masa tindakan mereka salah maka saya membantahnya dan ada masa tindakan mereka betul maka saya menyokongnya," coretnya dalam blognya semalam.

Pemuda PAS: Dakwaan Ada asas

Sementara itu, dihubungi Malaysiakini petang ini, Nasrudin berkata pihaknya tidak jadi mengadakan pertemuan dengan JAIS dan hanya berkunjung ke pejabat Dr Hasan hari ini.

NONE Menurut Nasrudin, pihaknya beranggapan pertemuan itu belum sesuai diadakan pada masa ini.

Bagaimanapun, menurutnya, hasil pertemuan dengan Dr Hasan dan ditunjukkan beberapa bukti berkaitan, beliau yakin serbuan JAIS ke atas premis gereja itu mempunya asas.

Selain 'bukti' berupa dokumen memuatkan 12 soalan kuiz berhubung Islam yang didakwa mengelirukan, Nasrudin mendakwa dalam jadual program itu terdapat acara thanksgiving (majlis kesyukuran) "mengikut agama mereka (Kristian)" dijalankan.

ADS