Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
20 Okt bicara pampasan tanah Tan Hak Ju
Diterbitkan:  Aug 10, 2011 1:11 PM
Dikemaskini: 5:22 AM

Mahkamah Tinggi Pulau Pinang menetapkan 20 Okt depan bagi perbicaraan permohonan pemilik tanah Tan Hak Ju kepada kerajaan negeri agar membayar keseluruhan baki wang pampasan sebanyak RM26 juta.

    

Sebelum ini kerajaan negeri telah mendepositkan pampasan sebanyak RM14 juta kepada Tan berikutan pembatalan pemajakan tanah seluas 4.3 hektar untuk dijadikan perusahaan kuari pada tahun 2005.

    

Hakim Datuk Yaacob Md Sam menetapkan tarikh itu memandangkan Mahkamah Rayuan belum menetapkan tarikh mendengar rayuan kerajaan negeri untuk mengetepikan penghakiman Mahkamah Tinggi yang memutuskan pampasan sebanyak RM40 juta kepada Tan.

    

Pada prosiding hari ini, Tan diwakili peguam Y C Wong manakala kerajaan negeri diwakili peguam Muhd Ilmami Ahmad.

    

Sementara itu, Muhd Ilmami yang ditemui pemberita di luar kamar mahkamah selepas prosiding itu memberitahu Mahkamah Rayuan berkemungkinan akan mendengar rayuan yang dikemukakan kerajaan negeri pada September ini.

    

Namun, katanya mahkamah belum menetapkan tarikh yang sesuai bagi mendengar  rayuan itu.    

- Bernama

ADS