Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Setiausaha agung Umno Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor mengesahkan bahawa tiga orang 'pengundi klon' yang didakwa telah dikenalpasti oleh PAS merupakan anggota Umno.

Bagaimanapun, beliau menafikan bahawa Umno terlibat dengan kesulitan dalam daftar pemilih sehingga mewujudkan masalah 'pengundi klon' tersebut.

Tengku Adnan mendakwa, Umno tidak mengetahui mengenai masalah tersebut sehingga perkara itu dibawa kepada pengetahuannya.

"Ia tidak ada kena mengena dengan (Umno). Kami tidak tahu apa-apa," katanya ketika dihubungi Malaysiakini hari ini.

Sehubungan itu, beliau turut menasihati PAS supaya mengemukakan aduan kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bagi meminta badan berkenaan untuk menyiasat perkara itu.

Dalam pada itu, Tengku Adnan turut mengesahkan identiti bertindih bagi ketiga-tiga pengundi berkenaan setelah membuat pemeriksaan dengan SPR dengan menggunakan nombor MyKad yang diberikan kepadanya.

"Ya, anda betul. (Rekod) tersebut berada di hadapan saya sekarang. Tapi kami tidak ada kena mengena dengannya," katanya lagi.

Isu berhubung pertindihan identiti pengundi berkenaan ditimbulkan oleh ketua pemuda PAS Johor, Suhaizan Kaiat yang khuatir sekiranya Umno bertanggungjawab ke atas kes berkenaan.

[Baca berita penuh]

 

ADS