Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Isu pemberimilikan tanah Orang Asli selesai dibincang
Diterbitkan:  Aug 16, 2011 11:10 AM
Dikemaskini: 3:14 AM

Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) selesai membincangkan dengan semua kerajaan negeri berhubung dasar pemberimilikan tanah untuk Orang Asli.

Ketua Pengarahnya, Datuk Mohd Sani Mistam, berkata semua kerajaan negeri dibawa berbincang dan sebahagiannya bersetuju dengan apa yang dituntut oleh masyarakat Orang Asli.

orang asli house 230205 "Selepas ini, kita akan membawa perkara ini balik kepada jemaah menteri dan seterusnya kepada Majlis Tanah Negara (MTN) untuk dimuktamadkan.

"Antara perkara yang dituntut mereka ialah dari segi keluasan tanah dan tempoh, sama ada pajakan 99 tahun atau pun hak milik kekal," katanya selepas merasmikan Bengkel Pemantapan Pengurusan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Orang Asli (JKKKOA) Negeri Selangor, Wilayah Persekutuan, Negeri Sembilan dan Melaka di Seremban.

Mohd Sani berkata, dalam hubungan ini, ada negeri yang bersetuju dengan pegangan bebas dan ada negeri bersetuju secara pajakan 99 tahun tetapi secara automatik ia diperbaharui.

"Selepas raya ini kita akan kemukakan kertas rumusan perbincangan dengan kerajaan negeri dan pihak kementerian (Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah), selepas itu tindakan susulan akan diambil untuk membawa (dibentangkan) pula kepada jemaah menteri dan seterusnya MTN.

jahai orang asli 220807 houses "Antara negeri yang terbabit ialah Johor, Pahang, Perak, Selangor, Negeri Sembilan, Melaka, Kedah, Kelantan dan Terengganu, kecuali Pulau Pinang dan Perlis yang tiada Orang Asli," katanya.

Beliau berkata, pada dasarnya semua negeri bersetuju untuk memberi hak milik tanah kepada ketua isi rumah Orang Asli tetapi pihaknya akan melihat kesediaan negeri berkenaan.

"Contoh di Kelantan, negeri itu lebih kepada hendak mewartakan dulu tanah yang didiami Orang Asli, manakala negeri lain mungkin mereka hendakkan hak milik," katanya.

Beliau berkata, jika perkara ini dipersetujui, sebuah keluarga Orang Asli akan mendapat sebidang tanah untuk tapak rumah dan juga ladang yang akan menjadi hak milik tetap mereka.

- Bernama

ADS