Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita

Enam orang, termasuk ADUN Teja Chang Lih Kang, ditangkap polis selama beberapa jam malam tadi kerana mengadakan ceramah kecil di sebuah taman perumahan di Tapah.

NONE Menurut Chang, beliau bersama penolong setiausaha PKR Perak Tan Kah Heng adalah antara mereka yang pertama ditangkap sekitar jam 8.45 malam di lokasi itu kerana didakwa mengadakan perhimpunan tanpa permit.

Empat yang lain ditangkap kira-kira 15 hingga 20 minit kemudian kerana berkumpul di hadapan ibu pejabat polis Tapah sambil melaungkan ‘bebas’ bagi menuntut Chang dan Tan dibebaskan.

Chang berkata polis datang sekitar 8.30 malam dan memberitahu mereka diberikan masa 15 minit untuk bersurai dari tapak ceramah itu yang merupakan sebuah gelanggang bola keranjang di taman perumahaan berkenaan.

“Mereka bukan datang untuk berunding. Mereka datang dan kata kita ada 15 minit untuk meninggalkan kawasan itu. Kita bagi tahu, susahlah tetapi mereka beredar. Lima belas minit kemudian, mereka datang dan tangkap saya dan Tan Kah Heng,” katanya ketika dihubungi.

Empat yang lain itu termasuk ahli majlis Hulu Selangor Chua Yee Ling, yang berhimpun di ibu pejabat polis daerah Tapah yang menuntut pembebasan kedua-dua mereka.

Chua berkata seorang anggota polis keluar dan memberitahu mereka cuma ada lima minit untuk bersurai, tetapi selang beberapa saat, rakan anggota polis itu terus menangkap beliau dan tiga yang lain.

[Baca berita penuh]

ADS