Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita

PKR mendakwa perjanjian pertukaran saham antara Syarikat Penerbangan Malaysia (MAS) dan Air Asia akan mewujudkan satu syarikat penerbangan yang mendominasi pasaran penerbangan domestik.

youth leaders wacana ekonomi 120611 rafizi ramli.JPG Pengarah Strategik PKR Rafizi Ramli berkata, ketiadaan dasar pengangkutan udara menyebabkan mustahil wujud pemain baru untuk mencabar monopoli AirAsia dalam industri itu.

"Oleh itu, mangsa utama kepada kewujudan sebuah monopoli penerbangan domestik ini adalah rakyat dan MAHB (operator lapangan terbang negara).

"Air Asia akan menggunakan sepenuhnya kelebihan sebagai monopoli penerbangan tunggal negara untuk mendapatkan kehendak-kehendaknya dari MAHB yang sebelum ini terbantut, memandangkan hubungan yang sering tegang di antara AirAsia dan MAHB," dakwanya.

Rafizi berkata, oleh kerana tiada dasar pengangkutan udara atau undang-undang yang mengawalselia dan memandu pembangunan industri itu, kemasukan pemain baru kebiasaannya ekoran jaringan dengan elit politik yang seterusnya membentuk monopoli.

Sementara itu, Rafizi berpendapat, keputusan MAS menarik diri daripada pasaran domestik untuk fokus kepada pasaran premium sebenarnya boleh dibuat secara bebas oleh kepimpinannya dan Khazanah tanpa melibatkan Air Asia.

azlan "Penyertaan AirAsia dalam keputusan-keputusan penting melibatkan MAS akan membuka ruang kepada pertembungan kepentingan yang besar dan sepatutnya membimbangkan semua pihak," katanya.

Untuk tujuan itu, Rafizi berkata, MAS memerlukan kepimpinan yang berwibawa dengan pengetahuan dan pengalaman dalam industri penerbangan bagi mengelakkan perkara tersebut berlaku.

"Ini tidak akan berlaku sekiranya kepimpinan MAS diterajui sebuah jawatankuasa yang ahlinya mempunyai kepentingan berbeza.

"Keputusan khazanah melantik sebuah jawatankuasa dan seorang ketua pegawai operasi sementara adalah membimbangkan memandangkan keadaan MAS yang mendesak," katanya.

ADS