Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
AIM sedia pinjaman RM1.5 bilion bagi golongan miskin
Diterbitkan:  Sep 2, 2011 12:14 PM
Dikemaskini: 4:17 AM

Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) memperuntukkan RM1.5 bilion bagi pinjaman kepada golongan miskin menjalankan perniagaan pada tahun ini, kata Pengerusinya, Datuk Amihamzah Ahmad.

Beliau berkata jumlah itu meningkat berbanding peruntukan RM800 juta yang memberi manfaat kepada lebih 100,000 peminjam pada tahun lalu.

mee seller stall hawker 141006 Katanya pinjaman serendah RM2,000 sehingga maksimum RM50,000 itu diberikan terutamanya kepada mereka yang berpendapatan RM720 ke bawah sebulan tanpa mengira kaum.

"Pinjaman mudah tanpa cagaran ini bertujuan mengurangkan kadar kemiskinan tegar dan miskin di kalangan rakyat terutamanya penduduk di kawasan luar bandar dan pedalaman," katanya kepada Bernama , hari ini.

Amihamzah berkata sejak ditubuhkan pada 1987, AIM telah mengeluarkan pinjaman berjumlah lebih RM5 bilion kepada 257,000 peminjam di seluruh negara.

Katanya 99.8 peratus daripada peminjam terbabit berjaya melunaskan bayaran masing-masing mengikut jadual.

- Bernama

ADS