Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Nurul: Siri jelajah 'Patriot' tak bantu veteran perang
Diterbitkan:  Sep 4, 2011 4:16 PM
Dikemaskini: 8:25 AM

PKR hari ini membidas Pemuda Umno yang merancang mengadakan siri jelajah anti-komunisme dengan mendakwa kali ini, veteran tentera dan polis pula akan dieksploitasi.

NONE Naib Presiden PKR Nurul Izzah Anwar berkata bahawa jika Umno begitu serius mahu perjuangkan nasib bekas perajurit negara dan golongan wanita, parti itu sepatutnya memperjuangkan kebajikan dan hak mereka untuk mengundi secara bebas dalam pilihan raya.

“Lebih baik jika Umno menyalurkan masa, wang ringgit dan tenaga mereka untuk membantu bekas perajurit Malaysia yang memerlukan bantuan, dan bukannya untuk menjalankan program-program jelajah sebegini?

“Bukankah Utusan Malaysia, akhbar alat sebaran mereka, sudah cukup untuk mencerca PAS, Haji Mohamad Sabu dan Pakatan Rakyat amnya?” kata Nurul Izzah dalam satu kenyataan hari ini.

Umno juga, katanya, akan menjadi lebih produktif jika ia akan meluangkan lebih masa untuk menyokong badan kebajikan para perajurit seperti Lembaga Tabung Amanah Tentera (LTAT) dan organisasi lain seumpama itu.

“Jika mereka bekerjasama dengan badan-badan ini - untuk perjuangkan pembelian aset-aset Exxonmobil, sebagai contoh - pasti pejuang dan perajurit negara akan menikmati kebaikan dan keuntungan, dan kepentingan negara akan terjaga lagi terselamat.,” katanya.

NONE Menurut Nurul Izzah, jika Umno begitu serius mahu memperjuangkan nasib bekas perajurit dan mereka yang telah berjuang sewaktu Perang Dunia Kedua, mereka sepatutnya membantu  sebahagian daripada veteran perang itu yang sehingga hari ini belum diberi pampasan bagi perkhidmatan dan pengorbanan mereka.

Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin, semalam  mengumumkan rancangan pergerakan itu untuk menganjurkan siri jelajah ceramah bagi menentang "penghinaan" kenyataan Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu.

[Baca berita penuh]

ADS