Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
'Konspirasi tumbangkan MB' - Khalid tuntut penjelasan
Diterbitkan:  Sep 13, 2011 1:07 PM
Dikemaskini: 5:16 AM

Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) perlu tampil dan menjelaskan mesyuarat 5 Ogos yang diadakan dengan Pejabat Peguam Negara dan beberapa NGO Islam yang membincangkan serbuan di Gereja Methodist Damansara Utama (DUMC).

NONE Menurut ahli parlimen Shah Alam, Khalid Samad dalam satu kenyataan media, hari ini, MAIS perlu juga menyatakan sama ada mesyuarat itu berbentuk rasmi.

“Apa yang dipersoalkan ialah tujuan pertemuan itu dan ‘statusnya’, iaitu sama ada ia pertemuan rasmi atau sebaliknya...

“Sekiranya rasmi, maka di mana surat jemputannya, apa agendanya dan mana minit mesyuaratnya? Sekiranya semua itu tidak ada dan pertemuan diadakan secara jemputan bisik-bisikan, tanpa surat rasmi, maka sudah pasti ia pertemuan konspirasi gelap!” katanya.

Bagi Khalid yang juga timbalan pesuruhjaya PAS Selangor, beliau melihat pertemuan itu sebahagian daripada konspirasi oleh MAIS, Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), Pejabat Peguam Negara dan beberapa NGO Islam untuk menjatuhkan Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

NONE Pengerusi MAIS Datuk Mohamad Abzib Mohd Isa, dalam satu kenyataan yang dikeluarkan minggu lalu, menafikan dakwaan berkenaan dan berkata mesyuarat untuk hanya bagi memberi taklimat kepada NGO berkenaan berhubung pemeriksaan JAIS ke atas DUMC.

Abzib juga berkata MAIS akan mengkaji sama ada tindakan undang-undang boleh diambil ke atas Khalid kerana memfitnah.

Khalid, sebelum ini menuntut penjelasan mengapa NGO berkenaan perlu diberikan taklimat sebelum laporan rasmi berhubung kejadian 3 Ogos itu diserahkan kepada menteri besar.

“Saya tidak tanya siapa yang mempengerusikan pertemuan berkenaan. Saya tanya adakah pertemuan tersebut pertemuan rasmi atau sebaliknya.

“Saya ingin tahu siapa yang menjemput dan menganjurkan pertemuan, bukan siapa yang jadi pengerusi. Pengerusi kadang-kadang main tangkap muat sahaja, lebih-lebih lagi pertemuan tidak  rasmi.

azlan “Ada yang dijemput hadir, bila hadir, dia diketengahkan sebagai pengerusi sebagai tanda ‘hormat’ kononnya. Akhirnya pengerusi tersebut hanya sekadar memberi laluan untuk Pengerusi MAIS dan wakil pejabat Peguam Negara bercakap!

“Itu merupakan satu kemungkinan, bukan saya menyatakan ia berjalan begitu,” katanya lagi.

Mesyuarat berkenaan dipengerusikan oleh exco kerajaan negeri Selangor yang bertanggungjawab terhadap hal ehwal Islam Datuk Hasan Ali.

[Baca berita penuh]

ADS