Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Penerbangan pertama haji 29 Sept
Diterbitkan:  Sep 18, 2011 1:23 PM
Dikemaskini: Sep 19, 2011 12:10 AM

Penerbangan pertama jemaah haji Malaysia ke Tanah Suci untuk menunaikan Rukun Islam kelima bagi tahun ini ialah pada 29 September ini, kata Pengurus Besar Kanan Lembaga Tabung Haji Datuk Syed Saleh Syed Abdul Rahman.

Syed Saleh berkata 450 jemaah haji itu akan berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Sepang, melalui penerbangan sewa khas haji iaitu pesawat Malaysia Airlines (MAS) dan Saudi Airlines pada hari berkenaan iaitu pada waktu pagi dan tengah hari.

hajj pilgrimage haji pilgrimage 040107 masjidil haram Mereka adalah sebahagian daripada 28,000 jemaah haji Malaysia yang dibenarkan mengikut kuota yang ditetapkan pihak berkuasa Arab Saudi pada musim haji tahun ini.

Bercakap kepada pemberita di Putrajaya malam tadi selepas menghadiri pelancaran Kursus Perdana Haji peringkat Wilayah Persekutuan oleh Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Dr Mashitah Ibrahim, beliau berkata jemaah haji Malaysia ketika ini sedang mengikuti peringkat akhir kursus haji iaitu kursus

perdana di peringkat negeri selepas menghadiri kursus asas dan kursus intensif.

"Persiapan sudah lengkap. Sekarang cuma tunggu nak berangkat dan surat untuk memaklumkan jadual penerbangan telah dikeluarkan secara berperingkat sejak awal September," kata beliau.

Syed Saleh berkata seramai 800 petugas Tabung Haji akan bertugas kali ini untuk menjaga kebajikan para jemaah dan mereka akan berangkat ke sana secara berperingkat bermula Rabu depan.

Penerbangan jemaah haji balik ke Malaysia dijadual bermula 12 November dan dijangka berakhir 11 Disember, kata Syed Saleh.

hajj pilgrimage haji pilgrimage 040107 group Sementara itu, Mashitah dalam ucapannya menasihatkan jemaah haji Malaysia supaya menjaga kesihatan masing-masing, menjaga percakapan, tingkah laku dan disiplin masing-masing demi nama baik negara.

Sehingga hari ini, Mashitah berkata Tabung Haji dikenali sebagai antara agensi yang berjaya melahirkan jemaah haji yang terbaik di peringkat antarabangsa dan berharap pengiktirafan itu dapat dikekalkan melalui kerjasama

semua jemaah haji Malaysia.

- Bernama

ADS