Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu akan didakwa di Mahkamah Sesyen Butterworth esok ekoran ucapannya berhubung isu Mat Indera dan tragedi Bukit Kepong.

rafidah aziz kuala kangsar parliament seat court case 040708 ahmad jamaluddin and hanipa Peguam Hanipa Maidin ( gambar, kanan ) berkata, anak guamnya dimaklumkan pihak polis akan didakwa bawah Seksyen 505 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan khianat awam.

Tambahnya, pendakwaan terhadap anak guamnya dijangka dibuat pada jam 9 pagi.

Utusan Malaysia pada 27 Ogos lalu melaporkan pemimpin parti Islam itu dalam ceramahnya di Pulau Pinang sebagai berkata, Mat Indera wira sebenar dalam tragedi itu dan bukannya "polis British".

Ucapan itu mencetuskan kontroversi besar dan dikritik pelbagai pihak, terutamanya pemimpin BN dan meleret kepada polemik kemerdekaan negara dan sama ada negara ini pernah dijajah.

Ketika dihubungi Malaysiakini hari ini, Hanipa berkata, pihaknya mempertahankan Mohamad tidak patut dituduh di mahkamah.

Dua tahun penjara, denda

"Sepatutnya mereka dakwa Utusan (yang menyiarkan laporan itu)," katanya yang juga peguam PAS.

Jika sabut kesalahan, Mohamad boleh dikenakan hukuman sehingga dua tahun penjara, denda atau kedua-dua sekali.

pengukir nama johor mat sabu 050911 Dalam ucapannya yang dibuat dalam ceramah pada 21 Julai lalu, Mohamad yang lebih dikenali sebagai Mat Sabu dikatakan mengeluarkan kenyataan seperti berikut:

“… Bukit Kepong, polis itu polis British, hak serang Bukit Kepong tu lah pegawai kerajaan, ketuanya Mat Indra, Melayu.

“Tetapi semua sejarah itu ditutup, Jins Samsuddin buat filem, Jins Samsuddin tu Umno, cerita Bukit Kepong, hak serang balai polis tu penjahat, polis itu polis British.

“Sebelum merdeka negara kita diperintah oleh British, tapi dia buat filem yang hero hak pertahan balai polis, hak serang tu pengganas, padahal Mat Indera ketua penyerang balai polis tu dan akhirnya dia dihukum gantung di Jering, Taiping.

“Begitulah juga Tok Janggut, Tok Janggut ni lawan British, tapi sebelum British nak... nak bunuh dia, dia menghasut Sultan Kelantan untuk mengisytiharkan Tok Janggut sebagai penderhaka, bila isytihar Tok Janggut sebagai penderhaka, barulah Tok Janggut dihukum gantung di Pasir Puteh Kelantan.

“Semua sejarah negara kita bohong…."

Sementara itu, agensi berita nasional melaporkan Mohamad dan peguamnya akan hadir ke mahkamah itu esok.

"Peguam saya telah beritahu saya bahawa pihak polis ada menghubunginya bagitahu saya akan didakwa esok.

"Ini ada kaitan dengan ceramah saya tempoh hari mengenai Mat Indera. Mereka minta saya hadir 9 pagi. Saya dan peguam saya akan  hadir," katanya secara ringkas kepada Bernama.

ADS