Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini membenarkan permohonan semakan kehakiman oleh Gabungan untuk Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH 2.0) bagi membatalkan perintah yang mengisytiharkan kumpulan itu sebagai pertubuhan haram.

bersih rally july 9 crowd face-off with police 1 Hakim Datuk Rohana Yusof mendapati permohonan BERSIH 2.0, diketuai peguam yang juga pengerusinya Datuk S Ambiga dan 14 anggotanya 'tidak semborono'.

Dengan mengetepikan bantahan kerajaan, hakim Rohana menetapkan 22 November depan untuk mendengar merit permohonan itu.

Hakim bagaimanapun membenarkan bantahan responden terhadap tindakannya merampas beberapa barangan daripada sekretariat BERSIH 2.0 di pejabatnya di Petaling Jaya.

Keputusan dibuat dalam kamar.

bersih ariticle collection book launch 180911 ambiga Permohonan itu difailkan oleh 14 AJK BERSIH 2.0 yang diketuai Ambiga pada 8 Julai lalu dengan menamakan menteri dalam negeri selaku responden pertama, diikuti ketua polis negara dan kerajaan Malaysia.

Mereka antaranya memohon perintah certiorari bagi membatalkan perisytiharan perintah oleh menteri dalam negeri pada 1 Julai lalu yang mengisytiharkan gerakan BERSIH 2.0 sebagai pertubuhan haram dan memerintahkan pembatalannya berkuatkuasa serta-merta.

Mereka juga mahukan satu deklarasi bahawa perintah itu batal dan tidak sah serta tidak mempunyai kesan.

[Baca berita penuh]

ADS