Bekas pemimpin Parti Komunis Malaya (PKM), Chin Peng dilaporkan dalam keadaan tenat selepas dimasukkan ke sebuah hospital di Thailand.

Menurut akhbar berbahasa Sin Chew edisi utara, Chin Peng telah dimasukkan ke hospital tersebut dua hari lalu.
Menurut laporan itu, doktor telah meminta anggota keluarga Chin Peng untuk menziarahinya secepat mungkin, termasuk mereka yang tinggal di Malaysia.
Difahamkan bahawa Chin Peng kerap mendapatkan rawatan perubatan dalam tempoh dua bulan lalu.
Chin Peng akan mencapai usia 87 pada 21 Oktober ini.
[Baca berita penuh]
PERINGATAN: Malaysiakini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.