Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita

Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin menjelaskan, universiti negara ini memerlukan masa antara tujuh hingga lapan tahun lagi sebelum layak disenaraikan dalam kedudukan atau ranking 400 universiti terbaik di dunia.

Katanya, universiti di negara ini masih memerlukan masa supaya penyelidikan yang dibuat matang sebelum "terlibat lebih aktif" dalam sistem kedudukan kelolaan majalah Times Higher Education (THE).

usm apex university 040908 mohamed khaled nordin "Semua universiti (kita) tidak pernah menyertai (kedudukan) Times kerana kita tahu, kita masuk pun, tak akan masuk dalam kedudukan dalam 400, sebab kita baru.

"Kita punya elemen penyelidikan masih  di peringkat baru dan belum matang. Kalau kita tengok kenyataan daripada kebanyakan universiti, mereka berkata enam hingga tujuh tahun daripada sekarang, baru mereka akan terlibat secara aktif (dalam THE)," katanya.

Beliau yang juga ahli parlimen Pasir Gudang berkata, komponen terbesar dalam penilaian THE daripada bidang penyelidikan, iaitu sebanyak 92.5 peratus.

"Apabila buat penyelidikan, ia perlu diterbitkan, khususnya penyelidikan yang memberi kesan yang besar... Ia memerlukan kos yang banyak untuk membuat penyelidikan yang memberikan kesan yang besar, katanya.

Mohamed Khaled menjawab soalan pemberita berhubung laporan pada 7 Oktober lalu bahawa tiada universiti di Malaysia berjaya disenaraikan dalam majalah THE yang memuatkan 400 universiti terbaik di dunia.

Bukan murah

Menurut kedudukan itu, sepuluh universiti terbaik ialah California Institute Technology, diikuti Harvard dan Stanford (2), Oxford (3), Princeton (5), Cambridge (6), Institut Teknologi Massachusetts (7), Imperial College London (8), Chicago (9) dan Berkeley (10).

Bagi jiran serantau, enam universiti Hong Kong dan dua dari Singapura berjaya disenaraikan. Manakala Universiti Mahidol, Thailand disenaraikan dalam kategori 351-400.

azlan Naib Canselor Universiti Malaya (UM) Profesor Datuk Ghauth Jasmon sebelum ini dilaporkan berkata, universiti tempatan perlu membelanjakan sekurang-kurangnya RM200 juta dalam penyelidikan sebelum mampu diangkat antara universiti terkemuka di dunia.

Mengulas lanjut dalam sidang media di Kuala Lumpur hari ini, Mohamed Khaled berkata, untuk menyediakan penyelidikan yang memberikan kesan besar, di UM sahaja, sebanyak RM60 juta diperuntukan dalam Bajet 2012.

"Ia bukannya murah. Singapura membelanjakan lapan hingga SGD8 juta hingga SGD9 juta (kira-kira RM22 juta) setahun, untuk mengadakan penyelidikan.

"Awak boleh mengadakan penyelidikan yang ringkas, tetapi (hasil) kamu tidak diterbitkan dalam penyelidikan yang memberi kesan besar.

"Kalau kita tidak buat penyelidikan yang memberi kesan besar, tidak ada siapa yang akan merujuk penyelidikan kita," katanya lagi.

ADS