Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
MP tetap kemuka usul untuk naik gaji, elaun
Diterbitkan:  Oct 11, 2011 5:30 PM
Dikemaskini: 9:31 AM

Ahli parlimen Wangsa Maju, Wee Choo Keong berkata beliau akan mengemukakan satu rang undang-undang untuk menaikkan gaji dan elaun ahli Dewan Rakyat.

Wee berkata beliau telah memfailkan notis usul tersebut hari ini kepada yang dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia.

Katanya lagi, usul berkenaan tetap dikemukakan walau menteri yang bertanggungjawab ke atas parlimen, Datuk Seri Mohamad Nazri Aziz telah menarik balik usaha untuk menaikkan gaji dan elaun berkenaan.

"Ia ditarik balik sebab ada bantahan daripada ketua parti tertentu. (Tapi) ia tidak boleh ditarik balik begitu sahaja kerana ahli parlimen ada hak untuk membahaskannya.

"Saya faham ia mungkin tidak boleh dibahas sebab bukan rang undang-undang kerajaan, tapi akan minta ia dibahaskan.

"Saya percaya, ramai ahli akan sokong ia dibawa untuk perbahasan," katanya lagi mengulas cadangan rang undang-undang berkenaan.

Peruntukan untuk menaikkan gaji ahli Dewan Rakyat diumumkan dalam ucapan Bajet 2012 yang dibentangkan perdana menteri pada 7 Oktober lalu.

ADS