Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita

24 keluarga setinggan yang diarah mengosongkan rumah masing-masing pada tahun 2009 bagi sebuah projek perumahan di Kampung Buah Pala akan menerima hadiah Deepavali mereka pada Ahad ini.

Difahamkan mereka akhirnya akan mendapat kunci untuk unit rumah masing-masing sebagai pampasan menyerahkan sebidang tanah yang dahulunya diduduki mereka dan dikenali sebagai "kampung tradisional India yang terakhir".

NONE Majlis rasmi penyerahan kunci itu bagi rumah yang bernilai RM500,000 ini dijadualkan pada jam 10 pagi, dan akan dihadiri oleh Ketua Menteri Lim Guan Eng, timbalannya P Ramasamy dan ADUN Seri Delima, RSN Rayer.

Adalah difahamkan bahawa Majlis Perbandaran Pulau Pinang telah diminta supaya menyegerakan pengeluaran sijil menduduki rumah supaya penduduk boleh berpindah sebelum Deepavali yang jatuh pada 26 Oktober ini.

Rumah-rumah yang dibina di kawasan seluas 1,400 kaki persegi dengan saiz setiap satu 20 kaki kali 60 kaki,  sepatutnya siap pada bulan Ogos lalu, tetapi tertunda disebabkan masalah teknikal semasa pembinaan.

[Baca berita penuh]

ADS