Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
NGO dakwa ada plot keluarkan 'agama' di MyKad
Diterbitkan:  Oct 24, 2011 3:12 PM
Dikemaskini: 9:16 AM

Presiden Ikatan Muslimin Malaysia (Isma), Abdullah Zaik Abdul Rahman, mendakwa terdapat konspirasi pihak tertentu bagi menghapuskan identiti bangsa, status agama dan gelaran Bin atau Binti daripada MyKad sekarang.

abdullah zaik pembela seminar on islam under seige Beliau yang dipetik akhbar Berita Harian hari ini,berkata perkara itu didalangi oleh pihak tertentu secara halus, terancang dan berterusan.

“Sebenarnya adalah idea ini berasal dari Barat yang kononnya mampu menyelesaikan masalah perbezaan identiti bangsa, keturunan dan agama. Mereka mahu kita keluar dari fitrah manusia atau dengan kata lain tiada lagi status bangsa seperti Melayu, Cina dan India serta agama.

“Namun, kesannya anak zina atau zuriat dilahirkan tanpa ikatan perkahwinan mengikut hukum syarak pun boleh didaftarkan secara sah, sekali gus menghancurkan institusi kekeluargaan serta akidah umat Islam di negara ini,” katanya dipetik akhbar itu.

Abdullah juga dilaporkan berkata idea kesamarataan dan persamaan yang cuba diterapkan Barat di kalangan masyarakat Malaysia adalah satu bentuk penjajahan baru, kerana ia adalah satu pembohongan bertujuan menghancurkan identiti rakyat negara ini.  

[Baca berita penuh]

ADS