Polis rakam kenyataan penganjur, Ambiga

   

Bekas Pengerusi Majlis Peguam Malaysia, Datuk S Ambiga hari ini disiasat polis selama setengah jam berhubung penganjuran program 'Seksualiti Merdeka 2011'.

ambiga question by police over seksualiti merdeka Empat pegawai polis dari IPD Brickfields tiba di pejabat Tenaganita, di Petaling Jaya di mana Ambiga berada pada jam 4.05 petang sebelum keluar kira-kira setengah jam kemudian.

Turut diambil keterangan ialah penganjur program kontroversi itu, Pang Khee Teik dan beberapa yang lain, termasuk aktivis wanita Maria Chin Abdullah dan pengarah eksekutif Tenaganita Irene Fernandez.

Pang ketika ditemui pemberita, berkata beliau turut menyerahkan sepucuk surat kepada anggota polis berkenaan untuk disampaikan kepada Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar.

"Kami memohon untuk bertemu Ketua Polis Negara bagi menjelaskan matlamat kami dan juga menunjukkan kami tidak lakukan apa yang didakwa media," kata Pang.

ambiga question by police over seksualiti merdeka 071111 irene fernandez marina mahathir Aktivis Datin Paduka Marina Mahathir yang turut berada di pejabat Tenaganita, mempertahankan penganjuran program itu dengan alasan program bertujuan mempertahankan hak asasi manusia.

"Dua tahun lalu saya melancarkan program ini, namun tidak timbul sebarang masalah... sebenarnya program itu bertujuan memberi pendidikan kepada kumpulan yang terpinggir," katanya.

Program yang diadakan buat kali keempat sejak 2008, sepatutnya bermula 2 hingga 13 Nov tidak diteruskan oleh penganjur selepas mendapat tentangan hebat pelbagai pihak ekoran program terbabit didakwa memperkasakan hak golongan lesbian, biseksual, gay dan transeksual di negara ini.

[Baca berita penuh]

Malaysiakini
terkini untuk anda