Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Parti GERAKAN Pulau Pinang bersedia untuk meneruskan perjuangan parti itu apabila presidennya Tan Sri Koh Tsu Koon meletakkan jawatan sebagai pengerusi BN negeri.

Setiausaha agung GERAKAN, Teng Chang Yeow berkata, Koh telah  berbincang dengannya berhubung perkara itu dan beliau sendiri telah menyatakan kesediaan untuk memikul tanggungjawab tersebut.

"Saya telah beritahu presiden bila kami bertemu dua kali berhubung ini dan saya bersedia dan sanggup untuk menyahut cabaran (untuk mengetuai BN Pulau Pinang).

"Koh juga maklum dengan pelbagai maklum balas daripada akar umno bila dia buat keputusan untuk melepaskan jawatannya," kata Teng kepada Malaysiakini .

Bagaimanapun, Teng berkata pelantikannya sebagai ketua BN negeri yang baru hanya akan diadakan di peringkat pusat mengikut keputusan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Terpulanglah kepada Najib (untuk melantik pengganti sekiranya Koh meletak jawatan) dan kami tidak pasti jika Koh telah menimbulkan perkara ini dengan (perdana menteri)," kata bekas anggota exco kerajaan Pulau Pinang itu lagi.

Teng juga berkata beliau tidak pasti sama ada Koh akan membuat pengumuman untuk melepaskan jawatan tersebut sebelum atau selepas pilihan raya umum ke-13.

Baca berita penuh

ADS