Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Proham cadang parlimen lantik pengerusi SPR
Diterbitkan:  Nov 12, 2011 2:40 PM
Dikemaskini: Nov 13, 2011 12:59 AM

Persatuan Promosi Hak Asasi Manusia (Proham) mencadangkan supaya pentadbir Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) - termasuk pengerusi dan timbalan pengerusinya - dilantik oleh jawatankuasa parlimen.

micheal chong and ramon navaratnam suhakam at psc Ahli jawatankuasa Proham, Tan Sri Ramon Navaratnam ( kanan ) berkata langkah itu perlu bagi membolehkan SPR dilihat lebih bebas dan berintegriti.

Malang sekali SPR kini dilihat "terlalu pro-kerajaan dan tidak cukup independen," katanya ketika bercakap sebagai saksi dalam sesi pendengaran awam Jawatankuasa Pilihan Parlimen (PSC) mengenai pembaharuan pilihan raya hari ini.

Keadaan itu, katanya, berlaku kerana pengerusi dan timbalan pengerusi SPR dipilih dari kalangan penjawat awam yang telah lama berkhidmat.

Secara intrinsik, para penjawat awam ini tidak akan "mematuk tangan yang memberi," jelasnya lagi dalam sesi berkenaan hari ini.

ADS