Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Keperluan syarat yang mewajibkan syarikat-syarikat asing menubuhkan usahasama dengan syarikat-syarikat tempatan di Malaysia untuk penjualan kelengkapan pertahanan tentera mewujudkan persekitaran yang sesuai untuk rasuah, menurut seorang pakar antarabangsa mengenai ketelusan perolehan pertahanan.

NONE Bercakap kepada Malaysiakini dalam satu temu bual, pengarah program, pertahanan dan keselamatan, Transparency International UK (TI-UK) Mark Pyman berkata sistem seumpama itu bukan tidak diamalkan di seluruh dunia tetapi ia "penuh dengan bahaya".

"Ia bukan satu yang kompetitif, jadi sangat mudah bagi penetapan harga dimanipulasikan. Amat senang bagi tawaran itu digunakan sebagai mekanisme untuk pembayaran rasuah atau mendapatkan pengaruh," kata Pyman, yang merupakan bekas ketua pegawai kewangan firma gergasi minyak dan gas antarabangsa, Shell.

Beliau merujuk kepada keadaan di mana perjanjian itu boleh menyebabkan harga sebenar perolehan menjadi terlalu besar dengan usahsama bersama syarikat tempatan itu menubuhkan syarikat pseudo untuk meraih jumlah komisen yang besar.

NONE Senario ini, dapat dilihat terutamanya di Malaysia. Antara, yang paling terkenal adalah perolehan dua kapal selam Scorpene yang dibeli oleh Kementerian Pertahanan menerusi kontrak RM7.3 bilion dengan firma DCNS dari Perancis dan Navantia dari Sepanyol.

Ia menimbulkan rasa tidak puas hati di kalangan pelbagai pihak kerana syarikat perundingan tempatan, iaitu Perimekar yang ditubuhkan hanya sejurus sebelum perjanjian itu, didakwa menerima 30 juta euro (RM500 juta) dalam bentuk komisen.

Walau bagaimanapun, Kementerian Pertahanan mempertahankan bayaran itu dan menegaskan bahawa ia adalah bayaran bagi urusan 'penyelarasan dan perkhidmatan sokongan.

[Baca berita penuh]

ADS