Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Sos perasa tiram KR1M masuk pasaran semula
Diterbitkan:  Nov 29, 2011 6:48 PM
Dikemaskini: 10:52 AM

Sos tiram jenama 1Malaysia yang ditarik dari Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M) kerana didakwa melanggar Akta Peraturan-peraturan Makanan 1985 adalah hanya gimik pembangkang semata-mata, dakwa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan.

NONE Menterinya, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dipetik oleh Utusan Online sebagai berkata, masalah itu timbul berikutan masalah penglabelan dan bukan seperti yang didakwa oleh ahli parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua.

Pada 23 November lalu, Kementerian Kesihatan mengarahkan semua sos tiram jenama 1Malaysia itu ditarik balik kerana melanggar Akta Peraturan-peraturan Makanan 1985.

Menurut menterinya, Datuk Seri Liow Tiong Lai, ujian makmal oleh Jabatan Kesihatan mendapati sos tiram 1Malaysia yang dijual di kedai-kedai KR1M di seluruh negara, mencatatkan kandungan protein yang rendah daripada keperluan yang disyaratkan oleh undang-undang.

ismail sabri universiti malaya 161111 Bagaimanapun Ismail Sabri hari ini dipetik akhbar milik Umno itu, bahawa dakwaan berkenaan adalah tidak benar.

Menurutnya, kesilapan berlaku kerana sos tersebut seharusnya dilabel sebagai sos perasa tiram dan bukannya sos tiram kerana bahan bahan yang digunakan adalah dari ekstrak tiram.

Sos tiram itu adalah satu daripada tujuh barangan yang didakwa oleh ahli parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua, mencabuli  Akta Peraturan-peraturan Makanan 1985.

ADS