Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Rayer buat laporan polis, dakwa terima ugutan bunuh
Diterbitkan:  Dec 10, 2011 7:42 PM
Dikemaskini: Dec 11, 2011 3:12 AM

ADUN Seri Delima, RSN Rayer hari ini membuat laporan polis dengan mendakwa menerima ugutan bunuh menerusi beberapa panggilan telefon sejak semalam.

    

Anggota Jawatankuasa DAP Pulau Pinang itu berbuat demikian di Ibu Pejabat Polis Daerah Timur Laut di George Town.

    

NONE Bercakap kepada pemberita kemudian, Rayer mendakwa pemanggil mengaku penyokong Timbalan Ketua Menteri II P Ramasamy.    

Pemanggil yang bercakap dalam bahasa Tamil memberi amaran kepada saya agar tidak membangkitkan sebarang isu mengenai Ramasamy pada Konvensyen DAP Pulau Pinang esok, jika saya sayangkan nyawa saya dan nyawa keluarga saya, katanya.

    

Bagaimanapun kata Rayer, beliau tidak gentar dan akan terus bercakap mengenai isu tersebut termasuk meminta Ramasamy memohon maaf berhubung kenyataannya mendakwa Pengerusi Kebangsaan DAP Karpal Singh sebagai 'godfather'.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Timur Laut, ACP Gan Kong Meng ketika dihubungi, mengesahkan polis menerima laporan tersebut dan kes akan disiasat mengikut Seksyen 507 Kanun Keseksaan.    

    

- Bernama

ADS