Keterangan Anwar dari kandang tertuduh 'diserang'

       

Pihak pendakwaan dalam perbicaraan kes liwat membabitkan Datuk Seri Anwar, hari ini menggunakan keputusan ketua pembangkang itu untuk memberi keterangan dari kandang tertuduh tempoh hari untuk menyerangnya.

NONE Dalam penggulunganya, Peguam Cara Negara II, Datuk Yusof Zainal Abidin berkata keterangan dari kandang tertuduh bukan sahaja tidak memberi wajaran yang sama seperti kenyataan bersumpah, tetapi kenyataan Anwar juga hanyalah berbentuk penafian.

Menurut beliau, rujukan yang dibuat terhadap dakwaan itu, adalah hanya apabila Anwar secara mutlak menafikan beliau mempunyai hubungan seksual dengan pengadu kes berkenaan, Mohd Saiful Bukhari Azlan.

"Adalah penting untuk diambil perhatian bahawa tertuduh tidak memberi versinya mengenai kejadian pada 26 Jun, 2008 di antara jam 3.01 petang hingga 4.01 petang di Unit 11-4-11, Kondomium Desa Damansara, tempat di mana kejadian itu berlaku," katanya.

Yusof berkata hakikat bahawa Anwar tidak mempertikaian kehadirannya di kondominium itu pada masa yang didakwa itu dan juga bahawa beliau telah menerima satu sampul dokumen daripada pengadu "sudah pasti akan menjadi bukti terhadapnya".

Katanya, Anwar juga tidak menyebut mengenai sakit fizikal yang boleh menghalang dirinya daripada melakukan perbuatan seks yang dituduh itu.

Hakim Datuk Mohamad Zabidin  Mohd Diah yang mendengar perbicaraan kes ini kemudiannya memutuskan perbicaraan akan bersambung Khamis ini.

Tindakan itu bagi memberi peluang kepada pihak pembelaan pula untuk menggulung hujah mereka.

Katanya, perbicaraan pada 15 Disember nanti akan bermula jam 9.30 pagi, sebelum keputusan kes berkenaan dibuat.

[Baca berita penuh]

Sementara itu, Bernama melaporkan keterangan Datuk Seri Anwar Ibrahim dari kandang tertuduh ketika dipanggil membela diri adalah penafian semata-mata serta gagal menggugat bukti pendakwaan, kata Peguam Cara Negara II, Datuk Mohamed Yusof Zainal Abiden.

azlan Katanya, adalah jelas sama sekali pihak pembelaan telah gagal menimbulkan sebarang keraguan

munasabah terhadap kes pendakwaan berdasarkan keseluruhan keterangan yang dikemukakan pada penutupan kes pembelaan.

Mohamed Yusof, yang mengetuai pasukan pendakwaan, berkata kesalahan tuduhan meliwat terhadap tertuduh (Anwar) telah dibuktikan dengan melangkaui keraguan munasabah.

Katanya Anwar dalam keterangan dari kandang tertuduh tidak memberi versinya mengenai dakwaan insiden itu bagi mematahkan keterangan saksi utama, Mohd Saiful Bukhari Azlan, yang menjadi pengadu dalam kes itu.

Katanya adalah penting untuk diambil perhatian bahawa tertuduh selain penafian mutlak mempunyai hubungan seksual dengan pengadu, tertuduh tidak sama sekali mempertikaikan bukti pihak pendakwaan.

Mohamed Yusof berkata Anwar dalam kenyataannya juga tidak sama sekali menafikan bahawa beliau berada di tempat yang didakwa berlaku kejadian itu pada masa dan tarikh tersebut.

Anwar juga tidak mempertikaikan bahawa keretanya dilihat memasuki dan keluar dari kawasan kondominium dan rakaman CCTV menunjukkan tertuduh tiba di tingkat lima kondominium berkenaan dan meninggalkan tempat itu selepas kejadian itu, katanya.

NONE "Oleh itu, harus diambil perhatian bahawa kegagalan tertuduh menafikan bukti pendakwaan adalah jelas dan begitu sama kepada pengakuan kepada fakta bukti. Ini sudah pasti mendorong kepada keterangan menyokong terhadapnya," katanya.

Mohamed Yusof berhujah demikian di akhir kes pembelaan terhadap Anwar, 64, yang didakwa meliwat bekas pembantu peribadinya yang berusia 26 tahun itu di Unit 11-5-1, Kondominium Desa Damansara, No. 99 Jalan Setiakasih, Bukit Damansara antara pukul 3.01 petang dan 4.30 petang, 26 Jun 2008.

Beliau juga berkata Anwar pada bila-bila masa tidak membuat sebarang cubaan untuk menjelaskan secara positif berhubung kehadiran spermanya dalam dubur Mohd Saiful.

"Akibatnya, penemuan secara konklusif sperma itu dibiarkan tanpa dicabar oleh pihak pembelaan," katanya.

Mohamed Yusof berhujah tidak ada mana-mana dalam keterangan Anwar dari kandang bahawa dia (Anwar) ada menyatakan insiden liwat seperti didakwa oleh Mohd Saiful tidak boleh terjadi kerana keadaan sakit fizikal yang boleh menghalang dirinya daripada melakukan perbuatan itu.

NONE Beliau mengakui keterangan dari kandang itu sendiri adalah sama seperti Anwar kekal senyap ketika dipanggil membela diri kerana tiada bukti diusulkan untuk pertimbangan mahkamah.

Mengenai keterangan saksi pembelaan, pakar bedah ortopedik Dr Thomas Hoogland, Mohamed Yusof berkata ia tidak dipertikaikan bahawa pakar itu membuat spekualsi yang aneh untuk menyatakan pandangannya bahawa adalah sangat mustahil  Anwar melakukan perbuatan itu ekoran daripada masalah tulang belakang tertuduh yang boleh menyebabkan kesakitan.

Katanya tidak ada keterangan daripada tertuduh sendiri bahawa dia tidak boleh melakukan aksi seksual itu dan bagaimana sesiapa sahaja boleh datang ke mahkamah dan menyatakan tertuduh tidak berupaya melakukan perbuatan itu.

Lebih-lebih lagi, perlu diambil perhatian bahawa Dr Hoogland tidak sama sekali memeriksa Anwar pada 2008 berbanding Datuk Dr S Jeyaindran yang melakukan pemeriksaan terhadap Anwar tiga minggu selepas kejadian itu, kata Mohamed Yusof.

azlan Katanya menurut doktor itu, Anwar tidak mengadu bahawa dia mengalami sakit tulang belakang dan dari pemerhatian doktor, pergerakan Anwar tidak dihalang oleh sebarang kesakitan bahagian belakang badan.

"Keterangan Dr Hoogland bahawa adalah mustahil untuk tertuduh melakukan perbuatan itu seperti digambarkan oleh pengadu adalah tekaan semata-mata dan bertentangan dengan fakta yang diasaskan berdasarkan keterangan Dr Jeyaindran," katanya.

Mohamed Yusof berkata adalah jelas gambaran yang diberikan oleh Mohd Saiful mengenai insiden itu bersama bukti para doktor dan ahli kimia mengatasi pandangan Dr Hoogland.

Penghujahan di hadapan Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah disambung Khamis ini bagi peguam utama Anwar, Karpal Singh membalas hujahan Mohamed Yusof.

- Bernama

Malaysiakini
terkini untuk anda