Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Polis serah 'Datuk' ditahan reman kepada SPRM
Diterbitkan:  Dec 22, 2011 7:56 PM
Dikemaskini: Dec 23, 2011 3:50 AM

Pihak polis telah menyerahkan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini ahli perniagaan bergelar 'Datuk' berumur 45 tahun, yang ditahan reman, berikutan tawaran rasuah yang dipercayai ada kaitan dengan siasatan kes National Feedlot Corporation (NFC).

NONE Mengesahkan perkara itu, Pengarah Siasatan SPRM, Datuk Mustafar Ali berkata permohonan reman itu dibuat oleh pihak polis di mahkamah sehingga esok.

Menurut satu kenyataan lewat petang ini, beliau berkata, siasatan lanjut sedang dijalankan oleh SPRM.

Kenyataan itu dikeluarkan berhubung kenyataan Timbalan Pengarah, Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK), Penolong Kanan Pesuruhjaya, Datuk Tajudin Md Isa, berhubung penahanan ahli perniagaan bergelar 'Datuk' berikutan tawaran rasuah yang dipercayai ada kaitan dengan siasatan kes NFC.

"Untuk makluman, pihak SPRM sentiasa berhubung rapat dan saling bekerjasama dengan pihak polis dalam menjalankan siasatan membabitkan kes rasuah dan penyelewengan mengikut bidang kuasa yang diperuntukkan oleh undang-undang.

"Perkongsian maklumat dan aduan yang diterima antara kedua-dua agensi ini bagi disiasat mengikut bidang kuasa masing-masing adalah suatu perkara yang telah dipraktikkan sejak sekian lama," kata Mustafar.

ADS