Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Selepas berperang mulut dengan timbalan setiausaha agung DAP, P Ramasamy, pengerusi kebangsaannya, Karpal Singh berkata, beliau lebih suka krisis tersebut diselesaikan melalui saluran dalaman parti.

NONE "Kami akan selesaikan perkara ini secara dalaman. Saya boleh andaikan bahawa tindakan tegas akan diambil, walaupun setinggi mana pun kedudukan anda, jika melanggar arahan tutup mulut," kata Karpal.

Karpal (kanan) dan Ramasamy bertelagah berhubung isu 'godfather' dan 'warlord' dalam parti itu menjelang konvensyen DAP awal bulan ini.

Pertikaian itu dikatakan telah diselesaikan selepas jawatankuasa tiga anggota memutuskan bahawa perang mulut tersebut ekoran salah laporan oleh akhbar berbahasa Tamil, Makkal Osai.

Seminggu kemudian, Ramasamy sekali lagi menghangatkan keadaan apabila akhbar berbahasa Inggeris The Star yang memetiknya sebagai berkata pengkritiknya sedang berpakat menentangnya kerana dia tidak memenuhi permintaan mereka untuk dapatkan projek dan juga tidak melayan mereka.

NONE Berikutan itu, Karpal menyeru Ramasamy (kiri) mengundurkan diri daripada menjadi timbalan ketua menteri II Pulau Pinang kerana tidak mematuhi arahan jawatankuasa kerja pusat parti supaya mengelak membuat kenyataan umum mengenai parti atau secara terbuka menyerang pemimpin.

Ramasamy kemudiannya menafikan telah menuturkan kenyataan seumpama itu, dan menuntut permohonan maaf dan penarikan balik dari The Star.

[Baca berita penuh]

ADS