Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Kumpulan Gerakan Menuntut Kebebasan Akademik (BEBAS) hari ini membuat laporan polis berhubung cara pasukan keselamatan itu menangani perhimpunan anjuran sekumpulan mahasiswa di Tanjung Malim kelmarin.

Kumpulan tersebut mendakwa pihak polis kerana bertindak ganas dan mencabuli hak mereka untuk berhimpun dan bersuara pada perhimpunan itu.

NONE Laporan polis itu dibuat oleh jurucakap BEBAS Haziq Abdullah Abdul Aziz di ibu pejabat polis daerah Dang Wangi kira-kira jam 2 petang ini.

Laporan polis itu mewakili 17 mahasiswa yang ditahan pada hari tersebut termasuk pengerusi BEBAS Muhammad Safwan Anang yang turut hadir dalam sewaktu membuat laporan polis tersebut.

Muhammad Safwan yang berkerusi roda ditemani isterinya Masturah Abu Bakar dan ibu mertuanya Mariam Abdul Rashid. Kira-kira 30 mahasiswa dan NGO hadir memberi sokongan kepada mereka.

Dalam laporan polis itu Haziq mendakwa pihak polis telah mencabuli hak mereka untuk berhimpun dan bersuara, antaranya penangkapan mereka didakwa dibuat secara ganas dan kasar dan aktivis serta peserta ditahan dan diheret secara kasar.

'Bersifat mala fide'

Selain itu, Haziq juga mendakwa polis menangkap dan menahan beberapa individu dengan sewenang-wenangnya termasuk tiga orang yang berada diluar balai untuk memberi sokongan kepada mahasiswa.

"Semua penahanan ini adalah salah di bawah undang-undang dan bersifat mala fide .

smm protest in sultan idris university 010112 student lay on floor "Mengepung pelajar dan tidak memberi sebarang amaran yang seterusnya sebelum menyuraikan kami," laporan polis itu dipetik.

Dalam laporan polis itu juga, Haziq mendakwa amaran polis yang menghalang menyertai pehimpunan aman itu adalah satu tindakan melampau dan menyifatkan polis tidak mendukung prinsip hak asasi dan demokrasi.

Haziq yang juga presiden Kumpulan Aktivis Mahasiswa Independen (KAMI) mendakwa kehadiran anggota polis yang ramai adalah "tidak relevan" dan "boleh dielakkan" sekiranya pegawai polis bersedia berunding dengan pihak penganjur.

Sehubungan itu, Haziq menuntut pihak polis dari Bukit Aman membuat siasatan bebas terhadap dakwaan tindakan polis "yang melampau dan bertentangan dengan undang-undang dan hak asasi" pada hari tersebut.

"Kami menuntut tindakan pendakwaan terhadap pegawai-pegawai polis yang terlibat," katanya.

ADS