Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Hanya satu daripada setiap empat penduduk di negeri Selangor yang mempunyai keyakinan terhadap PKR tanpa ketua umumnya Datuk Seri Anwar Ibrahim, menurut kaji selidik yang dijalankan oleh Universiti Malaya (UM).

university malaya umcedel political survey 050112 will pkr survive without anwar Daripada 795 responden yang disoal membabitkan semua kaum dan peringkat umur, hanya 25 peratus percaya bahawa PKR mampu meneruskan kesinambungan dan terus mantap tanpa Anwar sebagai ketuanya.

33 peratus responden berpandangan sebaliknya manakala 42 peratus lagi tidak pasti.

Kajian berkenaan dijalankan di Selangor dari 3 hingga 11 Disember lalu dan meliputi kawasan parlimen Puchong, Sepang, Sabak Bernam, Hulu Selangor, Kuala Selangor, Selayang, Gombak, Ampang, Hulu Langat, Pandan, Subang dan Shah Alam.

Enam puluh peratus daripada responden terdiri daripada bangsa Melayu manakala Cina dan India pula masing-masing mewakili 25 dan 12 peratus responden.

[Baca berita penuh]

ADS