'Datuk Undang' kritik keputusan Tuanku Muhriz singkir exco
Empat pembesar Negeri Sembilan yang kedudukan mereka dipertikaikan, bersama Tunku Besar Tampin, hari ini mengkritik keputusan Tuanku Muhriz Tuanku Munawir membatalkan pelantikan 10 anggota exco kerajaan negeri di bawah Menteri Besar Ismail Lasim.
Mubarak Thahak (Sungai Ujong), Maarof Mat Rashad (Jelebu), Muhammad Abdullah (Johol) dan Abdul Rahim Yasin (Rembau), bersama Tunku Syed Razman Tunku Syed Idrus Al-Qadri, mendakwa tindakan itu tidak berperlembagaan.
Mereka turut menyifatkannya sebagai cubaan “mensabotaj” keputusan pentadbiran negeri yang mengiktiraf perisytiharan untuk menyingkirkan Tuanku Muhriz sebagai Yang di-Pertuan Besar.
Mereka mendakwa proses penyingkiran Tuanku Muhriz sudah selesai selepas Ismail menyampaikan pemakluman rasmi kepada Majlis Raja-Raja yang menamakan Tunku Nadzaruddin Tuanku Ja’afar sebagai Yang di-Pertuan Besar yang baru.
/file/attachments/orphans/asdasdadseasd_610569.png)
Mereka turut menyeru semua penjawat awam memberikan taat setia kepada Tunku Nadzaruddin.
“Maka kami mensabdakan bahawa melalui pemakluman rasmi kerajaan Negeri Sembilan kepada Majlis Raja-Raja tersebut, maka hanya Tuanku Nadzaruddin yang mempunyai kuasa sah untuk menjalankan segala fungsi Yang di-Pertuan Besar di bawah Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Sembilan, termasuk menghadiri semua mesyuarat Majlis Raja-Raja.
“Kerajaan negeri hendaklah patuh dan taat dan tidak membuat sebarang tindakan derhaka.
“Kerajaan negeri juga hendaklah serta-merta memberikan segala keistimewaan, pemakaian dan pemakanan yang termaktub kepada Tuanku Nadzaruddin,” kata mereka hari ini.
/file/publisher-c1a3f893382d2b2f8a9aa22a654d9c97/2026/06/3b7ead7651953033baa52e58bd9c8ee2.jpg)
Sidang media itu diadakan di Balai Undang Sungai Ujong di Seremban dan disiarkan secara langsung menerusi Facebook.
Kumpulan itu yang menggelarkan diri mereka sebagai Undang Yang Empat, mengulangi nasihat supaya Tuanku Muhriz menerima dakwaan bahawa baginda telah disingkirkan daripada takhta dan berundur secara tertib.
Kemelut berpanjangan
Krisis diraja Negeri Sembilan tercetus pada 19 April apabila kumpulan pembesar yang dipertikaikan itu mengeluarkan perisytiharan untuk menyingkirkan Tuanku Muhriz sebagai pemerintah negeri dan menggantikannya dengan Tunku Nadzaruddin.
/file/attachments/orphans/test111_964810.png)
Bagaimanapun, kerajaan negeri ketika itu tidak melaksanakan perisytiharan tersebut selepas Menteri Besar Aminuddin Harun enggan mengiktirafnya dengan alasan proses sewajarnya tidak dipatuhi.
Jabatan Peguam Negara (AGC) kemudian berpandangan perisytiharan itu tidak sah kerana tidak mematuhi syarat mandatori di bawah Perkara 10 Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Sembilan 1959.
AGC turut berkata menteri besar dan exco tidak mempunyai kuasa sepihak untuk menamatkan atau mengosongkan jawatan Yang di-Pertuan Besar.
Dewan Keadilan dan Undang Negeri Sembilan pula mengekalkan pendirian bahawa Tuanku Muhriz masih Yang di-Pertuan Besar yang sah.
/file/attachments/orphans/IsmailBinLasim1_243672.png)
Mahkamah Tinggi Seremban pada 5 Jun turut mengeluarkan injunksi sementara untuk mengekalkan status quo sementara pertikaian berkenaan diselesaikan.
Kemelut itu kemudian mencetuskan pertikaian politik antara parti yang mentadbir negeri apabila Umno menuduh Aminuddin, daripada Pakatan Harapan, gagal menangani masalah tersebut.
Umno kemudian mengambil alih pentadbiran Negeri Sembilan selepas pilihan raya negeri, yang membawa kepada pelantikan Ismail sebagai menteri besar.
Pada 3 Ogos, sehari selepas mengangkat sumpah di hadapan Tuanku Muhriz, Ismail bertemu kumpulan pembesar yang dipertikaikan itu serta Tunku Nadzaruddin.
/file/publisher-c1a3f893382d2b2f8a9aa22a654d9c97/2026/08/0c3e4d8afcc1e298f9366973021aa3bf.jpg)
Pada pertemuan tersebut, dia menandatangani dokumen yang mengesahkan perisytiharan 19 April untuk menyingkirkan Tuanku Muhriz.
Apabila perkara itu diketahui umum pada 6 Sept, Ismail menjauhkan diri daripada dokumen tersebut sambil menyatakan taat setianya kepada Tuanku Muhriz.
Selepas dokumen itu didedahkan pada 8 Sept, dia membuat laporan polis dan pada keesokan harinya mendakwa telah dipaksa menandatanganinya. Dia sekali lagi menyatakan taat setia kepada Tuanku Muhriz.
Bagaimanapun, pada 15 Sept, mesyuarat exco yang dipengerusikannya memutuskan untuk mengiktiraf Tunku Nadzaruddin sebagai Yang di-Pertuan Besar.
/file/attachments/orphans/NegeriSembilanUpdateFacebook1_716221.png)
Sejak itu, Ismail kekal dengan pendirian tersebut.
Pada 21 Sept, pihak istana mengumumkan Tuanku Muhriz membatalkan pelantikan kesemua 10 anggota exco kerajaan negeri, kecuali Ismail.
Pembatalan pelantikan itu berkuat kuasa pada 20 Sept dan diwartakan pada 24 Sept.
/file/attachments/886/NS-PU-18-2026-halaman-1-1000x600_483795.jpg)
/file/attachments/886/NS-PU-18-2026-halaman-2-1000x600_984770.jpg)
/file/attachments/orphans/undang423_276515.png)
