Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita

Seorang pemimpin pelajar yang cedera dalam demonstrasi di luar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) di Tanjung Malim, mencabar polis menyiarkan rakaman penuh video kejadian tersebut.

Pengerusi Gerakan Menuntut Kebebasan Akademik (Bebas), Muhammad Safwan Anang bertegas bahawa empat klip video yang disiarkan pihak polis hanya menunjukkan apa yang berlaku sebelum pergelutan antara polis dan pelajar, yang menyebabkan dia cedera parah.

muhammad safwan anang launch police report 050112 01 "Kami mengutuk polis kerana berbuat demikian. Mengapa mereka tidak memuat naik gambaran sebenar tentang apa yang berlaku semasa pergelutan itu?" soalnya.

Katanya, ini bermakna polis menafikan berlaku pergelutan, menyembunyikan sebahagian daripada bahan bukti," kata Safwan berhubung insiden awal pagi Ahad lalu di luar kampus UPSI di Tanjung Malim, Perak.

Safwan yang masih menggunakan kerusi roda berkata demikian kepada pemberita selepas membuat laporan di balai polis Dang Wangi petang ini.

Dalam laporan itu, dia menuduh berlaku kekasaran pihak polis semasa pergelutan tersebut, dan juga mengadu cermin depan keretanya dipecahkan oleh orang yang tidak diketahui pada pagi berikut.

Safwan tetap mendakwa anggota polis menumbuk pipi kirinya dan menekan lutut pada dada kanannya ketika menangkapnya, menyebabkan dia selepas itu mengalami sesak nafas dan tidak sedarkan diri.

[Baca berita penuh]

ADS