Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Nik Aziz: PAS tak bimbang 'jelajah' Hasan Ali
Diterbitkan:  Jan 18, 2012 6:32 PM
Dikemaskini: 10:46 AM

PAS tidak bimbang dengan cadangan jelalah ke seluruh negara oleh bekas pesuruhjaya PAS Selangor Datuk Dr Hasan Ali, kata Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

    

NONE Beliau berkata Hasan kini bukan lagi anggota PAS dan beliau boleh berbuat apa sahaja yang bukan atas nama parti itu.

    

"Beliau (Hasan) bebas berbuat apa sahaja atas sifatnya sendiri dan bukan atas nama parti kerana beliau tidak lagi menjadi anggota PAS," kata Nik Abdul Aziz ketika ditanya mengenai cadangan "road show" itu untuk Hasan menjelaskan kedudukannya dalam politik selepas dipecat dari PAS.

    

Menteri Besar Kelantan itu bercakap kepada pemberita selepas menerima kunjung hormat lima anggota Parlimen dari China diketuai Menteri Pembangunan Pusat Bandar Kampung Baru dan Kewangan China, Thao Guang Qing, di pejabatnya di Kota Darulnaim, di Kota Bharu hari ini.  

    

Dalam pada itu Nik Abdul Aziz mengalu-alukan pelantikan ADUN Sijangkang Dr Ahmad Yunus Hairi sebagai anggota Exco Selangor yang baru menggantikan Hasan.

    

Sebelum digugurkan Hasan memegang Exco Hal Ehwal Agama Islam, Adat-adat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awam Selangor.

- Bernama

ADS