Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Hornery perli Kapp: Isteri PM bukannya beli kemeja-T...
Diterbitkan:  Jan 27, 2012 7:08 PM
Dikemaskini: 12:27 PM

Kolumnis The Sydney Morning Herald , Andrew Hornery tetap mempertahankan tulisannya bahawa isteri Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Abdul Razak - Datin Seri Rosmah Mansor - berbelanja besar di butik pereka fesyen Carl Kapp semasa bercuti di bandar itu.

"Kapp berkata beliau menempah 61 pakaian. Katanya ia tempahan "besar". Barangan mahal. Beliau bukannya beli kemeja-T," jawab Hornery di Twitter hari ini.

NONE Hornery (kiri) menegaskan bahawa sumbernya "sangat kuat" dan bertegas bahawa perbelanjaan Rosmah itu membabitkan jumlah yang besar.

Hornery menjadi sasaran kecaman penulis blog pro-Umno, yang habis-habisan memburuk-burukkan perwatakannya dengan kenyataan provokasi mengenai seksualitinya.

Selepas dikecam ekoran laporannya tentang perbelanjaan 'mewah' Rosmah itu, Hornery berkata beliau tidak berhasrat untuk datang Malaysia.

"Saya tidak akan bercuti di Malaysia dalam masa terdekat ini," tulisnya lagi.

Minggu lepas, Hornery dalam kolum 'Private Sydney' berkata Rosmah telah membelanjakan A$100,000 (kira-kira RM325,000) untuk 61 pakaian di butik Kapp.

Rosmah Mansor bagaimanapun menyangkal dakwaan tersebut sebagai "karut, dibesar-besarkan secara liar dan tidak benar" serta berkata beliau "selalu menjadi mangsa".

NONE Kapp kemudiannya mengeluarkan kenyataan yang mengatakan

Rosmah memang membeli-belah di butiknya tetapi menafikan pernah berkata beliau telah membelanjakan A$100,000.

Dalam satu kenyataan kepada Malaysiakin i, Kapp (kanan) berkata, Rosmah dan "kumpulan yang agak besar" semasa kunjungan tersebut "membuat pelbagai pembelian".

Jumlah A$100,000 itu dianggarkan oleh blogger fesyen Frockwriter pada Januari 17, dan merupakan orang pertama melaporkan mengenai perkara itu.

"Berdasarkan harga purata dalam koleksi beliau - yang bermula dari A$400 (RM1,290) hingga beberapa ribuan dolar, Frockwriter menganggarkan ia boleh mencecah A$100,000," tulis blogger Patty Huntingon.

[Baca berita penuh]

ADS