Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
DAP saran Najib belajar mohon maaf dari BBC
Diterbitkan:  Feb 12, 2012 3:09 PM
Dikemaskini: 7:12 AM

Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng menggesa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak agar mencontohi Perbadanan Penyiaran British (BBC) dan memohon maaf  kepada rakyat kerana  "memalukan negara".

najib lim guan eng cycle event 250911 3 "Najib Razak perlu mengarahkan Pejabat Menteri Perdana (PMO) supaya memohon maaf kerana membelanjakan RM84 juta untuk menggilap imej pentadbirannya di rangkaian penyiaran global, sama seperti BBC memohon maaf kerana menerima bayaran sebagai pertukaran memaparkan imej positif bagi negara-negara yang mempunyai rekod amalan demokrasi dan rasuah yang buruk, " kata Lim.

Beliau mengulas kenyataan media BBC World News hari ini yang disiarkan di seluruh dunia bagi memohon maaf kerana menyiarkan program-program yang kandungan editorial telah ‘ditaja’ oleh pihak yang berkepentingan.

Menurut BBC "sebilangan kecil" program-program yang disiarkan di BBC World News antara Feb 2009 dan Julai 2011, melanggar peraturan dalaman yang bertujuan melindungi integriti editorial. Ini termasuk lapan program yang disiarkan mempunyai “hubungan kewangan” dengan kerajaan Malaysia.

Antara lain, dokumentari yang diterbitkan memberikan gambaran yang positif mengenai industri kelapa sawit Malaysia dan layanan istimewa terhadap orang asli di negara ini.

[Baca berita penuh]

ADS