Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Usaha terakhir peguam halang wartawan diusir gagal
Diterbitkan:  Feb 12, 2012 4:00 PM
Dikemaskini: 9:36 AM

Aktivis hak asasi manusia hari ini gagal dalam usaha mereka untuk menghalang pihak berkuasa di negara ini daripada mengusir pulang wartawan Arab Saudi, Hamza Kashgari ke negaranya dan berkemungkinan menghadapi hukuman mati berhubung apa yang ditulisnya di Twitter.

Awal hari ini, peguam dan aktivis berkenaan berkejar ke Lapangan Terbang Subang setelah Hakim Datuk Rohana Yusuf membenarkan permohonan perintah interim bagi menghentikan pengusiran itu.

Setelah dimaklumkan bahawa wartawan Arab Saudi itu tidak berada di Subang, mereka berkejar pula ke Lapangan Terbang Antrabangsa Kuala Lumpur (KLIA). Namun usaha mereka sudah terlambat.

NONE Menurut tweetnya, peguam Fadiah Nadwa Fikri ( kiri ) berkata Hamza dihantar pulang pada jam 10 pagi ini dengan sebuah pesawat Arab Saudi sambil diiringi oleh Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Seri Khalid Abu Bakar.

Dalam satu lagi tweet kemudian, Fadiah berkata pegawai imigresen KLIA memaklumkan kepadanya bahawa Hamza diusir tanpa butirannya dicatatkan.

Agensi berita AFP sebelum ini, yang memetik sumber kerajaan, melaporkan bahawa Hamza telah pun dihantar pulang dan kini dalam kawalan pegawai-pegawai Arab Saudi.

Pihak berkuasa Malaysia telah menahan Hamza minggu lalu, atas permintaan kerajaan Arab Saudi kerana  didakwa menghina Islam dalam Twitter.

Beliau dipercayai cuba melarikan diri ke New Zealand untuk mendapatkan suaka politik dan singgah di Malaysia, sebelum ditangkap.

[Baca berita penuh]

ADS