Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Isu pasir: KSSB mahu penjelasan Noh Omar
Diterbitkan:  Feb 16, 2012 2:02 PM
Dikemaskini: 6:06 AM

Syarikat pengurusan pasir Selangor Kumpulan Semesta Sdn Bhd (KSSB) mahu bertemu Menteri Pertanian Dan Industri Asas Tani Datuk Seri Noh Omar berhubung isu dakwaan penyelewengan pasir di negeri itu.

azlan Menurut kenyataan daripada pejabat ketua pegawai eksekutifnya, surat rasmi dikeluarkan semalam dan pertemuan itu bagi membolehkan KSSB mendapatkan gambaran tepat supaya tindakan seterusnya dapat diambil.

"Pihak KSSB amat memandang serius tentang dakwaan salahlaku ini dan berharap agar perjumpaan yang bakal diadakan dapat menyelesaikan segala dakwaan dan salahlaku terhadap KSSB," kenyataan itu dipetik.

Menurut salinan surat yang dilampirkan kepada media, Noh yang juga timbalan pengerusi BN Selangor diminta menetapkan tarikh, masa dan tempat untuk perjumpaan dengan tiga anggota pengarah bebas KSSB.

NONE Noh ( kiri ) kelmarin dilaporkan berkata, beliau mempunyai dokumen dan bukti kukuh bagi membuktikan kegiatan penyelewengan pasir Selangor dan tidak akan akan teragak-agak mendedahkannya apabila tiba masa.

Bukti itu, menurutnya lagi, termasuk surat menyurat, transaksi bank dan akuan bersumpah orang terlibat.

Beliau berkata demikian ketika mengulas kenyataan Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim yang menolak penubuhan suruhanjaya diraja bagi menyiasat dakwaan wujudnya skandal penyelewengan pasir di negeri itu dan turut dikaitkan dengan kes kematian Datuk Patrick Wong Kie Yik.

ADS