Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita

Dua syarikat berkaitan kerajaan di Selangor akan disiasat atas dakwaan salah urus dana, apabila siri pendengaran awam bermula bulan depan.

Syarikat di bawah Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor itu dikatakan telah menyalah-gunakan dana daripada Kementerian Pertanian dan Kementerian Industri Asas Tani.

NONE "Perkara ini disebut dalam Laporan Ketua Audit Negara," kata speaker Selangor, Datuk Teng Chang Kim dalam sidang akhbar di bangunan Dewan Undangan Negeri (DUN) hari ini.

Pendengaran awam akan dijalankan oleh Jawatankuasa Pilihan Khas Selangor Mengenai Keupayaan, Kebertanggungjawaban, Ketelusan (Selcat).

Ia juga akan menyiasat Yayasan Selangor yang didakwa berbelanja mewah dan membuka semula siasatan ke atas syarikat konsesi perlombongan pasir, Kuala Semesta Sdn Bhd (KSSB).

"Yayasan Selangor perlu dipanggil untuk memberi penjelasan. Itu adalah cara kami membuat pantauan," kata Teng.

Beliau juga menggesa orang ramai yang mempunyai maklumat lanjut berhubung dakwaan salah laku dalam mana-mana syarikat berkenaan supaya menghubungi pejabatnya supaya mereka boleh disenaraikan sebagai saksi dan dipanggil untuk memberi keterangan.

[Baca berita penuh]

ADS