Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Bekas tahanan ISA: Saya dihina, dera secara mental

Bekas tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri Hishamuddin Rais memberitahu Mahkamah Tinggi di Kuala Lumpur bahawa sebahagian besar masanya ketika ditahan, beliau dihina, diancam dan didera secara mental.

himpunan hijau 2 260212 hishamuddin rais at stage Dicekup pada 2001 atas tuduhan berkomplot untuk mengulingkan kerajaan dengan cara keganasan, Hishamuddin memberitahu mahkamah bahawa beliau tidak pernah disoal atas tuduhan terhadapnya itu sepanjang penahanan dua tahun berkenaan.

"Saya bukan ditahan kerana saya adalah ancaman kepada keselamatan negara, tetapi kerana saya adalah satu ancaman kepada kedudukan Umno dan menguggat kepentingannya," kata aktivis Reformasi, kolumnis dan pembikin filem itu.

Hishamuddin sebagai plaintif  memberi keterangan dalam saman memohon perisytiharan mahkamah bahawa Seksyen 8 dan 73 ISA, yang membenarkan penahanan tanpa perbicaraan, adalah tidak berperlembagaan.

Beliau dan empat yang lain, termasuk ADUN Selangor Saari Sungib yang memberi keterangan pada Isnin lalu juga menyaman Ketua Polis Negara ketika itu, Tan Sri Norian Mai kerana didakwa memfitnah mereka.

NONE Mereka mendakwa Norian membuat kenyataan akhbar yang menyatakan secara palsu bahawa mereka bersedia menggulingkan kerajaan, termasuk mengumpul senjata seperti pelancar bom dan merekrut bantuan guru silat.

Hishamuddin dalam keterangannya mengenal pasti petikan yang merujuk kepadanya menerusi beberapa keratan akhbar dan gambar yang disiarkan pada kenyataan akhbar yang dibuat oleh Norian.

"Kacak, bergaya dan memakai topi. Tidak boleh dinafikan bahawa ia bukan saya (dalam gambar itu)," katanya.

[Baca berita penuh]

ADS