Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Perbicaraan ISA: Dua saksi sebak, titiskan air mata
Diterbitkan:  Feb 29, 2012 4:49 PM
Dikemaskini: 10:14 AM

Dua orang saksi dalam kes saman sivil terhadap kerajaan gagal mengawal emosi mereka pada perbicaraan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini semasa menceritakan pengalaman mereka ketika tahanan mengikut Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).

NONE Aktivis reformasi, pembikin filem, dan juga kolumnis Hishamuddin Rais sebak apabila beliau menceritakan kepada mahkamah apabila beliau menerima ribuan kad dari seluruh dunia.

Semasa disoal-balas oleh peguamnya yang ingin tahu sama ada penahanan itu memberi sebarang kesan kepada dirinya, Hishamuddin mula menitiskan air mata seketika dan berkata beliau menerima tidak kurang 3,000 kad daripada orang ramai dari seluruh dunia. Namun beliau tidak berani membukanya tetapi hanya menyimpannya sebagai “pusakanya”.

Selain itu, cerita beliau, setiap kali apabila mendengar bunyi kunci selama enam bulan, beliau menjadi paranoid atau gementar.

Saksi kedua, pemimpin PKR Badrulamin Bahron pula menangis teresak-esak apabila beliau menceritakan keadaan sel tempat beliau ditahan.

NONE Ketika dihubungi selepas perbicaraan itu, Badrulamin yang juga Pengarah Komunikasi di Pejabat Menteri Besar Selangor berkata beliau menitiskan air mata bukan kerana keadaan sel yang teruk.

Sebaliknya, katanya, beliau teringatkan liang lahad yang jauh lebih kecil daripada sel tempat beliau dikurung yang pasti tidak mempunyai kemudahan seperti air paip.

Kedua-dua mereka dan tiga yang lain, termasuk ADUN Selangor Saari Sungib menyaman Ketua Polis Negara ketika itu, Tan Sri Norian Mai kerana didakwa memfitnah mereka.

Mereka mendakwa Norian membuat kenyataan akhbar yang menyatakan secara palsu bahawa mereka bersedia menggulingkan kerajaan, termasuk mengumpul senjata seperti pelancar bom dan merekrut bantuan guru silat.

[Baca berita penuh]

ADS