Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Dari satu majlis gaya Hollywood untuk VVIP bagi pelancaran kempen baru yang menampilkan maskot burung kenyalang 'Ubah', DAP Pulau Pinang kini serius mengumpul dana untuk jentera pilihan raya umumnya.

Belon berwarna-warni dan bendera merah kecil yang mengandungi mesej Ubah untuk perubahan, menyerikan majlis makan malam untuk mengumpul dana tersebut malam tadi, yang turut mempersembahkan lagu-lagu dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Cina.

NONE Mesej utama dalam ucapan yang disampaikan di majlis itu ialah untuk menghalang BN daripada merampas semula Pulau Pinang dalam pilihan raya akan datang.

Setiausaha Agung dan Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng berkata, Pakatan Rakyat boleh mengekalkan negeri itu jika 40 peratus masyarakat Melayu dan 90 peratus orang Cina menyokong gabungan itu yang memenangi negeri itu pada Mac 2008.

"Jika kita boleh, biarkan BN makan telur (baca: sifar kerusi) kali ini," katanya disambut tepukan gemuruh hadirin.

Beliau juga mengucapkan terima kasih kepada mereka yang telah membantu menangkis ganggunan sewaktu perhimpunan menyokong Himpunan Hijau 2.0 di Pulau Pinang bulan lepas.

NONE Timbalan Presiden PAS Mohamed Sabu pula berkata beliau lebih suka mempunyai saudara seperti Guan Eng, daripada ahli Umno yang 'korup'.

Penasihat DAP, Lim Kit Siang pula menganggap Nurul Izzah Anwar (kanan) sebagai ahli parlimen yang bijak dan mungkin menjadi calon perdana menteri pada masa akan datang.

Selain ikrar pilihan raya, termasuk pemansuhan bayaran tol lebuh raya dan sumbangan kepada warga emas RM1,000 setiap tahun, pemimpin parti tersebut turut menyentuh peletakan jawatan menteri pusat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil berhubung skandal National Feedlot Corporation.

Kemuncak majlis tersebut adalah apabila Guan Eng bersama semua hadirin bangun sebagai tanda sokongan kepada pembinaan terowong dasar luat Gurney Drive-Bagan Ajam sepanjang 6,5 kilometer untuk menangani kesesakan lalulintas.

NONE NGO seperti Persatuan Pengguna Pulau Pinang telah mengkritik kerajaan negeri kerana tidak mengadakan perbincangan awam sebelum melaksanakan projek meja tersebut.

Pengerusi DAP negeri itu, Chow Kon Yeow pula bangga dengan kemampuan parti itu mengumpul sumbangan sebanyak RM500,000 - satu koleksi terbesar dalam sejarahnya.

[Baca berita penuh]

ADS