Anwar sedia dedah isi kandungan CSA, tidak perlu dirahsiakan
Kerajaan tidak mempunyai sebarang masalah untuk mendedahkan isi kandungan Pemeteraian Perjanjian Keyakinan dan Perbekalan (CSA) antara Kerajaan Perpaduan dengan Parti Bersatu serta anggota Parlimen Bebas.
Perdana Menteri Anwar Ibrahim berkata kerajaan tidak mempunyai sebarang keperluan untuk merahsiakan perjanjian itu.
Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata beliau akan memaklumkan perkara berkenaan kepada Timbalan Perdana Menteri Fadillah Yusof, yang bertanggungjawab menguruskan perjanjian itu pada mesyuarat Jemaah Menteri esok bagi tindakan lanjut.
“Saya tiada keberatan mendedahkannya, malah draf dan prinsip perjanjian itu pun sama sahaja seperti perjanjian antara PH bersama kerajaan (ketika itu) dianggotai PAS, Bersatu dan Umno, malah yang kemukakan cadang (perjanjian) itu dulu pun parti dia (PAS).
“… tetapi sekarang dia pertikai, walhal yang cadang itu dia, bersama-sama Hamzah Zainudin dan beberapa orang lain daripada kerajaan pada ketika itu. Jadi aneh betul (minta dedahkan), bila ahlinya yang tidak baca, tidak fikir, ini jadi masalah,” kata beliau.
/file/attachments/orphans/New-Big-Picture-05112026-29_546259.jpg)
Beliau berkata demikian ketika ditanya mengenai gesaan Ketua Whip Perikatan Nasional (PN) yang juga Setiausaha Agung PAS Takiyuddin Hassan supaya kerajaan mendedahkan isi kandungan perjanjian berkenaan.
Anwar ditemui pemberita selepas menyempurnakan Majlis Anugerah Tangan Emas Perdana Menteri 2026 di Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) di Melaka hari ini.
Label CSA 'pendekatan dajal': Anwar selar kenyataan Hadi
Ditanya mengenai tindakan Presiden PAS Abdul Hadi Awang yang melabelkan perjanjian CSA itu sebagai “pendekatan dajal”, Anwar menyifatkan kenyataan itu sebagai tidak wajar.
“Tan Sri Hadi tu orang alim, sepatutnya kenyataan-kenyataan dia itu lebih terkawal, ya. Dia cuba jawab dia bukan tuju kepada saya, tak apalah, tetapi untuk hukum orang atau kumpulan atau pendirian dajal tak kena lah.
“Jadi macam mana sekarang ini, bila dia buat, tak dajal, bila orang buat, jadi dajal. Ini masalah dia, saya tidak fikir agama boleh dipermainkan seperti itu,” kata beliau.
/file/attachments/orphans/sss3_680978.jpeg)
Pada 29 Okt lepas, Kerajaan Madani menandatangani CSA dengan enam anggota Parlimen Bersatu yang diketuai Presiden Parti Muhyiddin Yassin serta tujuh yang lain termasuk anggota Parlimen Muar Syed Saddiq Syed Abdul Rahman.
- Bernama
Bila PAS buat semua halal, tapi bila orang lain buat jadi dajjal..?♂️
Lapor komen ini
/file/attachments/orphans/sss2_928546.jpeg)

Anda pasti mahu padam komen ini?
Komen anda tidak akan boleh dikembalikan semula.