Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Lim minta Karpal, Ramasamy selesai secara tertutup

Setiausaha Agung Kebangsaan DAP Lim Guan Eng mahu perbezaan pendapat antara dua pemimpin parti itu, - pengerusinya Karpal Singh dan timbalan ketua Pulau Pinang II, P Ramasamy - dibincangkan secara tertutup.

asian democracy and economic development forum penang 090212 lim guan eng Beliau juga menggesa kedua-dua mereka menggunakan saluran parti bagi menyuarakan rasa tidak puas hati masing-masing, supaya tidak memberi peluang kepada seteru politik DAP untuk mengambil kesempatan.

"Biar kita selesaikan masalah dalaman ini secara tertutup. Jangan biarkan penyokong kita keperitan manakala lawan kita bergembira," katanya hari ini.

Menurut Lim, sentimen di kalangan hampir semua ahli DAP mahu kedua-dua pemimpin itu menyelesaikan perbalahan secara baik.

Karpal semalam menolak keputusan jawatankuasa disiplin parti itu yang membebaskan Ramasamy daripada tuduhan melanggar tatatertib parti.

Menurut beliau, jawatankuasa tatatertib itu tidak layak membuat keputusan kerana Ramasamy juga adalah seorang ahli panel yang sama.

azlan Menurut Lim, beliau akan mengadakan pertemuan dengan Karpal, bersama-sama dengan pemimpin parti yang lain, untuk cuba menyelesaikan kemelut berkenaan.

Ditanya sama ada beliau kecewa dengan keadaan dalaman parti itu, Lim hanya berkata: "Daripada kenyataan saya, anda boleh melihat bahawa ia kali pertama saya mengulas isu ini."

[Baca berita penuh]

ADS