Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Dua sukarelawan PKR Lembah Pantai - yang kerusinya diwakili naib presidennya Nurul Izzah Anwar - ditahan polis ekoran dakwaan menyamar sebagai pegawai Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) semasa membuat culaan pilihan raya di kawasan itu.

Setiausaha politiknya Fahmi Fadzil berkata, kedua-dua lelaki itu ditahan di sebuah masjid di Pantai Dalam petang semalam dan dibawa ke Balai Polis Jalan Pantai untuk disoal-siasat.

nurul izzah pc 050112 02 Dua lelaki muda berkenaan kemudian disiasat selama enam jam sebelum dibebaskan awal malam semalam, dakwa Fahmi.

Beliau juga mendakwa tangkapan itu dibuat ekoran terdapat laporan polis dipercayai dibuat oleh penyokong Umno yang tidak selesa dengan kehadiran mereka.

Mereka yang ditahan, Muhd Hanan Asyraf Rozani, 22, Mohd Ridhwan Jahari, 23.

Kedua-dua mereka bagaimanapun disiasat atas dakwaan menyamar sebagai penjawat awam.

Nurul: Penipuan tersembunyi?

PKR Lembah Pantai mengadakan culaan di kawasan parlimen itu selama tiga hari iaitu Sabtu, Ahad dan Selasa lalu dan kira-kira 15 petugas terlibat dalam proses itu.

Ketika dihubungi Malaysiakini , Fahmi juga berkata keadaan tidak selesa Umno juga mula terasa sejak hari pertama culaan apabila petugas PKR didakwa "diganggu" oleh penyokong parti lawan yang mahu mereka keluar daripada tempat itu.

suhakam inquiry 150809 puspa Peguam Puspawati Rosman ( kanan ) ketika dihubungi yakin anak guamnya tidak bersalah kerana memakai tanda nama dan membawa surat kuasa daripada pejabat parlimen Lembah Pantai ketika ditahan.

Sementara itu, Nurul Izzah di laman Twitternya terus mengaitkan insiden yang didakwa mengganggu kerja-kerja parti politik itu dengan penyokong Umno.

"Selama ini kerja culaan dibuat oleh mana-mana parti tanpa gangguan.

"Kenapa tiba-tiba intimidasi sebegini? Penipuan yg tersembunyi?" soalnya lagi.

ADS