'Copgate': SPRM hanya boleh siasat aspek rasuah

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bersedia menyiasat dakwaan berkaitan dakwaan skandal ‘Copgate' sekiranya melibatkan unsur rasuah yang disyaki.

Sambil berharap ia dirujuk kepada pihak berkuasa yang betul, Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Datuk Seri Abu Kassim Mohamed berkata pihaknya akan menyiasat tanpa rasa takut dan memihak.

NONEBeliau merujuk kenyataan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein bahawa SPRM merupakan agensi penguatkuasaan yang sesuai untuk menyiasat dakwaan yang dibangkitkan oleh bekas pegawai kanan polis itu.

Hishammuddin pada Isnin memberitahu Dewan Rakyat pada Isnin bahawa SPRM patut menyiasat perkara itu bagi mengelakkan berat sebelah kerana dakwaan yang dibuat melibatkan bekas ketua polis negara.

Bagaimanapun, bekas pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (CCID) Ramli Yusuff - yang asalnya mengemukakan dakwaan itu - menolak cadangan itu kerana agensi antirasuah itu turut dikaitkan dalam kes itu.

[Baca berita penuh]
 



PERINGATAN: Malaysiakini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.