Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita

Masyarakat tidak perlu bimbang dengan kemungkinan warga asing didaftarkan sebagai pengundi atau kes pengundi meragukan, kerana proses pendaftaran memerlukan MyKad ditunjukkan, Parlimen diberitahu.

NONE Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Nazri Aziz berkata, di hari pengundian pula, jika pengundi gagal memberikan kad pengenalan mereka tidak akan dibenarkan terlibat membuang undi.

Beliau berkata demikian ketika sesi penggulungan untuk Jabatan Perdana Menteri dalam perbahasan titah Yang di-Pertuan Agong.

Katanya, menurut Perkara 119 Perlembagaan Persekutuan yang hanya membenarkan rakyat Malaysia mengundi.

Terdapat 33 tahap semakan dalam sistem ALIS yang menghubungkan Jabatan Pendaftaran Negara dan sistem itu akan menolak pendaftaran daripada rakyat asing, kata Nazri menyentuh isu yang ditimbulkan anggota parlimen pembangkang.

[Baca berita penuh]

ADS